Artikel Terkini

Tak Perlu Upah Kontraktor, Tampal Guna Gam Sahaja Jubin Yang Tercabut


Bagi mereka yang menggunakan permukaan kaunter (counter top) dari konkrit dengan kemasan jubin mesti pernah alami masalah tiba-tiba bahagian tepi kemasan tercabut. Hal ini akan berlaku pada counter top lama. Bagi yang baru di bina, tapi mengalami masalah yang sama, kebiasaanya berpunca dari jumlah motar yang sangat sedikit.

Kebanyakkan antara kita kalau panggil kontraktor, sudah pasti penyelesaian yang akan diberikan adalah pecah dan tampal baru. Sebenarnya, ada penyelesaian lebih mudah, cepat dan jimat kos.

Melalui perkongsian Ahmad Zunairi Mohamad di dalam group Tukang Apa Hari Ini, Masalah jubin di bahagian tepi counter top selesai dengan beberapa cadangan mudah dan boleh dilakukan sendiri oleh rakan-rakan group tersebut. Antaranya adalah:

1. Silikon bond

Boleh beli di hardware. dan sapu pada bahagian jubin. Lekatkan sahaja. Sementara tunggu gam kering sepenuhnya, boleh guna pelekat kertas sebagai pemegang sementara. Macam kita buat wainscoting

2. Tile adhesive

Kena pecahkan sikit bekas simen. Sapukan tile adhesive tadi pada jubin yang tercabut dan permukaan konkrit asal. Kemaskan sementara dengan pelekat kertas

4. Liquide nail

106741678_680492675863693_4243706791951891531_o

Seperti silikon bond juga

NOTA: Dengar kata, teknik ini juga sesuai untuk semua jenis permukaan jubin yang tercabut tapi tak pecah seperti di lantai



Source link