Uncategorized

Tambahan 737 penerbangan domestik sempena musim perayaan

Tambahan 737 penerbangan domestik sempena musim perayaan 1



Tambahan 737 penerbangan domestik sempena musim perayaan 2

KUALA LUMPUR: Sebanyak 737 penerbangan domestik akan ditambah oleh dua syarikat penerbangan terbesar negara, AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS), sempena beberapa perayaan, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata perkara itu telah dipersetujui pihak terlibat dan penerbangan tambahan diadakan daripada 23 Mei hingga 16 Jun ini, meliputi perayaan Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

“Kita akan menambah 737 penerbangan lagi berbanding 3,776 penerbangan berjadual sedia ada,” katanya ketika sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Senator Muhamad Mustafa yang ingin tahu sebab harga tiket penerbangan lebih tinggi pada musim perayaan walaupun membuat tempahan awal.

Kamarudin berkata penambahan itu merupakan langkah kerajaan memastikan khidmat penerbangan dapat menampung peningkatan permintaan di samping mengawal harga tiket penerbangan.

Beliau berkata kerajaan bagaimanapun tetap dengan pendirian untuk tidak menetapkan sebarang kawalan harga siling dan lantai bagi setiap penerbangan domestik serta membenarkan syarikat penerbangan menetapkan harga berdasarkan keputusan komersial masing-masing.

— BERNAMA





Source link