Artikel Terkini

Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu



MUNGKIN anda semua sudah boleh menarik nafas sedalam-dalamnya tanda lega untuk permulaan tahun ini yang dilihat agak mencabar buat semua.

Meskipun baru sahaja bulan yang pertama pada tahun ini, namun sudah pelbagai isu yang timbul yang kita lihat bukan sahaja melanda dunia malah Malaysia juga tidak terkecuali.

Dari kebakaran yang berlaku di Australia sehinggalah berita mengenai wabak Novel Koronavirus menjadi buah mulut setiap warganet sepanjang bulan Januari.

Ada antara mereka yang merasakan bahawa bulan Januari pada tahun ini terlalu panjang bukan seperti kebiasaannya.

Apa yang lebih menarik, warganet turut merayu agar sesiapa yang mempunyai berita sensasi sila ‘ambil nombor giliran’.

Jika ada antara anda yang terlepas kami senaraikan kembali berita-berita menarik sepanjang bulan ini. BACA: Selepas amarah api, ribut debu pula menggila di zon kemarau Australia

BACA: Konflik Amerika Syarikat dan Iran: Kesan kepada Malaysia dan dunia

BACA: Hati-hati dengan wabak koronavirus!


 

Ini pula antara respons rakyat Malaysia mengenai bulan Januari.

Apa pun yang berlaku, marilah sama-sama kita doakan supaya permulaan bulan baharu dan bulan-bulan mendatang kita dapat menjalaninya dengan tenang dan mengikuti setiap berita dengan teratur.

Untuk anda jangan lupa juga untuk menjaga diri dan kesihatan anda sepanjang tahun ini.





Source link