Uncategorized

Tawaran perjalanan Malaysia Airlines bermula hari ini

Tawaran perjalanan Malaysia Airlines bermula hari ini 1



Tawaran perjalanan Malaysia Airlines bermula hari ini 2

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mencari tawaran perjalanan pada saat akhir kini boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines mulai sekarang hingga 21 Jun, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata menerusi tambang serendah RM 339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul dari RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.

“Perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan daripada serendah RM69dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, daripada serendah RM99 ke Kuching dan daripada RM129 ke Kota Kinabalu,” katanya.

Selain Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi tempat duduk standard dengan 10kg tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge.

–BERNAMA





Source link

Related Posts