Artikel Terkini

Tawarruq, Sejenis Kontrak Shariah – Majalah Labur


Tawarruq menurut Dokumen Polisi Tawarruq oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu susunan kontrak yang terdiri daripada dua kontrak jual beli. Kontrak jual beli pertama melibatkan pembelian aset oleh pembeli dengan bayaran bertangguh manakala kontrak jual beli kedua melibatkan pembeli tadi menjual asset tersebut kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai.

Nama lain Tawarruq adalah Komoditi Murabahah di mana Murabahah adalah kontrak jual beli dengan harga kos + keuntungan dan komoditi merujuk kepada komoditi yang menjadi aset pendasar bagi transaksi-transaksi jual beli tersebut.

Aplikasi Tawarruq

Tawarruq merupakan kontrak yang menguasai industri kewangan Islam di Malaysia setakat ini melibatkan kontrak berkaitan pembiayaan, Sukuk, Simpanan Tetap (Fixed Deposit), kad kredit dan produk kewangan yang lebih kompleks seperti derivatif.

Dua aplikasi
utama yang melibatkan pelanggan biasanya adalah pertama; pembiayaan seperti
pembiayaan peribadi, rumah, kereta dan kedua; simpanan tetap.

Sumber: https://www.dummies.com/personal-finance/islamic-finance/reverse-murabaha-tawarruq-in-islamic-finance/

Pembiayaan

Contoh modus
operandi transaksi Tawarruq dalam pembiayaan peribadi adalah seperti berikut:

  1. Wan ke Bank bagi mendapatkan pembiayaan peribadi bagi tujuan meyambung pengajian sebanyak RM50,000.
  2. Bank membeli komoditi daripada platform Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) dengan harga RM50,000 dan menjualnya kepada Wan dengan harga RM50,000 + RM10,000 = RM60,000.
  3. Wan setuju membelinya dengan bayaran bertangguh secara bulanan selama 10 tahun.
  4. Wan kemudian meminta pihak Bank menjadi wakilnya untuk menjual komoditi tersebut kepada pembeli melalui platform (BSAS) dengan harga RM50,000.
  5. Komoditi terjual dan nilai RM50,000 dikreditkan ke dalam akaun Wan.

Simpanan Tetap

Contoh modus
operandi transaksi Tawarruq dalam Simpanan Tetap pula adalah seperti berikut:

  1. Mansor ke Bank bagi membuka akaun Simpanan Tetap dengan jumlah simpanan sebanyak RM50,000. Bank menawarkan kadar tetap 3% setahun.
  2. Mansor melantik Bank sebagai wakilnya bagi membeli komoditi daripada platform Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) berharga RM50,000 dengan wang simpanannya itu tadi.
  3. Mansor kemudiannya menjual komoditi tadi dengan harga RM50,000 + 3% keuntungan kepada pihak Bank.
  4. Bank setuju membelinya dengan bayaran nilai keuntungan dibuat dalam tempoh setahun.
  5. Bank kemudiannya menjual komoditi tadi kepada pembeli melalui platform BSAS.  

Dalam Simpanan
Tetap, nama lain kontrak yang digunakan adalah Tawarruq Terbalik
(Reversed Tawarruq). Modus operandinya terbalik daripada pembiayaan
biasa dengan pihak pelanggan yang membeli komoditi dan menjualnya kepada Bank.

Ramai yang
kurang memahami proses ini dan pelik apabila perbankan Islam menawarkan kadar
keuntungan tetap kepada pemilik akaun Simpanan Tetap. Hakikatnya Simpanan Tetap
bukanlah kontrak pelaburan tetapi ianya melibatkan kontrak jual beli.

BSAS merupakan
satu platform dagangan di bawah Bursa Malaysia yang dibangunkan khas bagi
tujuan memudahkan transaksi Tawarruq. Dalam platform ini terdapat ratusan
pembekal dan pembeli komoditi dengan lebih 20 jenis komoditi ditawarkan
antaranya minyak kelapa sawit mentah, biji kopi, getah dan sebagainya.

Selain BSAS
terdapat banyak lagi platform komoditi seperti ini seperti Ableace Raakin,
Sedania as-Salam melalui platform As-Sidq, dan Shoraka Global Resources.
Kesemua platform ini memiliki kelebihan masing-masing dan digunakan oleh
bank-bank Islam di Malaysia dalam membuat transaksi Tawarruq.

Sebagai contoh kelebihan As-Sidq berbanding platform komoditi lain adalah ia membekalkan komoditi dalam bentuk Airtime Telco.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Di peringkat pengawalselia industri perbankan dan Takaful, pihak Bank Negara Malaysia mengeluarkan garis panduan Tawarruq sebagai rujukan kepada industri. Ia menggariskan syarat-syarat serta mekanisme pengurusan kontrak Tawarruq oleh pihak kewangan Islam.

Sila rujuk: https://www.bnm.gov.my/guidelines/05_shariah/PD_Tawarruq.pdf

Semoga
perkongsian ini membantu kita memahami produk dan kontrak dalam kewangan Islam.

Ditulis oleh Arham Merican, pegawai Shariah di salah sebuah bank Islam antarabangsa dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus pada pemberdayaan modal insan.



Source link