Uncategorized

Tealive bekerjasama dengan MFFT buka lima cawangan di Myanmar

Tealive bekerjasama dengan MFFT buka lima cawangan di Myanmar 1



Tealive bekerjasama dengan MFFT buka lima cawangan di Myanmar 2

KUALA LUMPUR: Tealive, jenama teh buih Malaysia bekerjasama dengan Myanmar Food For Thought Co Ltd (MFFT) untuk membuka lima cawangan di Myanmar menjelang akhir tahun ini.

Ia susulan kejayaan pelancaran jenama tersebut di negara itu selaku pasaran ketiga di ASEAN selepas Vietnam dan Brunei.

“Kami yakin dengan pasukan MFFT memandangkan mereka merupakan penggiat utama makanan dan minuman di Myanmar yang mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam membangunkan jenama selama lebih enam tahun,” kata Bryan Loo, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif pemilik jenama Tealive, Loob Holdings Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini.

Ketika ini MFFT menguruskan 20 cawangan di rantau ini selain jenama tempatan di Myanmar.

Loo berkata, melihat kepada sambutan menggalakkan di Vietnam, Brunei dan yang terbaru di Myanmar, Tealive baru sahaja memilih rakan kongsi bagi kemasukannya ke Filipina, satu daripada pasaran yang mempunyai pertumbuhan pesat di ASEAN.

Tealive ialah jenama utama teh gaya hidup di Malaysia yang membuka kedai baharu pada setiap minggu, menjadikan jumlah cawangannya 317 di seluruh negara.

Ia juga sudah beroperasi di China, Vietnam, Brunei, Australia dan United Kingdom.

— BERNAMA





Source link

Related Posts