Uncategorized

Tempat tidur kapsul tarikan baharu hotel di ibu negara Slovenia

Tempat tidur kapsul tarikan baharu hotel di ibu negara Slovenia 1


LJUBLJANA: Para pelancong yang mengunjungi Ljubljana kini boleh menginap di hotel yang menyediakan kapsul tidur, yang menjadi tarikan baharu di ibu negara Slovenia itu.

Kepesatan prospek pelancongan telah membuatkan Central Hotel menjadi yang terawal menyediakan perkhidmatan penginapan seumpamanya, iaitu 10 buah kapsul yang pada asalnya merupakan bilik sambungan telefon.

“Ini cerita baharu di Slovenia,” ujar ketua pegawai eksekutif hotel itu, Matej Rigelnik.

Slovenia, yang merupakan negara asal Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump, menyaksikan lonjakan dlam industri pelancongannya sejak menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2004 dan Zon Euro pada 2007.

Sejumlah 10 kapsul tidur bakal ditawarkan kepada pelancong yang mahu bermalam di Central Hotel, Ljubljana. - Reuters

Ibu negara di rantau Alpine itu memiliki tarikan istimewa iaitu panorama landskap dan tinggalan Zaman Pertengahan yang terletak di sepanjang Sungai Ljubljanica, dan berpusat pada sebuah istana lama di puncak bukit.

Tahun lalu, kekerapan para pelancong asing bermalam di Ljubljana meningkat kepada 15.4 peratus, dengan kebanyakan daripadanya datang dari Jerman, Itali, Austria, Netherlands dan Croatia.

Slovenia turut menjadi destinasi persinggahan bagi kelompok pelancong dari Asia termasuk pelancong Malaysia yang mengikuti pakej percutian jelajah Eropah.

Slovenia menawarkan panorama istimewa tinggalan warisan Zaman Pertengahan. - Gambar fail





Source link