Uncategorized

Teras inflasi Malaysia pada keseluruhannya diunjur stabil pada 2019 – BNM

Teras inflasi Malaysia pada keseluruhannya diunjur stabil pada 2019 - BNM 1



Teras inflasi Malaysia pada keseluruhannya diunjur stabil pada 2019 - BNM 2

KUALA LUMPUR: Teras inflasi Malaysia pada keseluruhannya diunjur stabil dan berpurata antara 0.7-1.7 peratus pada tahun 2019 berbanding satu peratus pada 2018, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata teras inflasi menurun kepada -0.7 peratus pada Januari 2019, mencerminkan terutamanya harga bahan api domestik yang lebih rendah.

“Dengan pelaksanaan had paras bagi harga petrol RON95 dan diesel sehingga pertengahan tahun 2019, harga bahan api dalam negara dijangka berpurata lebih rendah pada tahun ini,” katanya dalam Laporan Tahunan 2018, yang dikeluarkan hari ini.

Sejak Mac 2019, harga runcit bahan api adalah tertakluk kepada had paras harga pada RM2.08 seliter untuk petrol RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel, sehingga subsidi minyak bersasar dilaksanakan.

Bagaimanapun, BNM berkata prospek inflasi tertakluk kepada beberapa risiko, pertama, trajektori inflasi keseluruhan bergantung kepada harga minyak dunia.

Kedua, harga makanan dalam negeri bergantung kepada kemungkinan penambahan barangan makanan yang akan disenaraikan sebagai barangan kawalan, keadaan cuaca yang boleh mempengaruhi bekalan makanan, serta kos input import bagi pengeluaran makanan.

Ketiga, kekukuhan pertumbuhan di Malaysia dan perdagangan boleh mempengaruhi tahap tekanan permintaan terhadap inflasi domestik.

“Unjuran inflasi ini mengambil kira kesan pindahan kos daripada faktor kos domestik, bagaimanapun, impak terhadap inflasi keseluruhan akan diimbangi oleh harga minyak dunia yang dijangka lebih rendah dan pelaksanaan had paras harga bagi harga runcit bahan api domestiki,” katanya.

Pada keseluruhan tahun 2019, beberapa faktor kos domestik termasuk yang timbul daripada pembangunan dasar dijangka akan menyederhanakan tekanan terhadap teras inflasi berbanding pada 2018.

Sementara itu, kesan kenaikan faktor kos terhadap teras inflasi, bagaimanapun akan diimbangi oleh harga minyak dunia yang dijangka lebih rendah.

— BERNAMA





Source link

Related Posts