Uncategorized

Terbaik, SimplySiti Pula Katanya Nak IPO Tak Lama Lagi


KUALA LUMPUR – SimplySiti Sdn. Bhd. menyasarkan peluang untuk penyenaraian di Bursa Malaysia bagi menyokong aspirasinya menjadi jenama antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Azuddin Abdul Rahman ber­kata, syarikat itu bakal mencapai jualan hampir RM60 juta tahun depan.

“Kami terbuka kepada pilihan itu (penyenaraian). Ia sasaran kami dan kami berusaha untuk merealisasikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman kerjasama antara Shopee, SimplySiti dan CIMB Islamic Bank Bhd. di sini semalam.
Turut hadir pengasas syarikat, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Azuddin menjelaskan, syarikat tersebut akan memasuki pasaran Indonesia bulan depan dan me­nyasarkan untuk menjadi pemain global melangkaui tahun 2020.

Selain itu, Siti Nurhaliza menjelaskan, syarikat tersebut merancang memperkenalkan 70 produknya dalam pasaran kukuh yang mempunyai 271 juta penduduk.

“Sejak saya melancarkan SimplySiti saya telah menetapkan sasar­an untuk memasuki pasaran Indonesia.

“Dengan populasinya, terdapat potensi besar bagi saya untuk memanfaatkan pasaran dalam kala­ngan peminat,” katanya.

Selain platform secara online, SimplySiti juga akan dijual di Watsons dan Transmart.

Sejak tahun 2017, ia telah menjana 42 peratus daripada jualannya menerusi platform e-dagang seperti Shopee.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “70% daripada pengguna Shopee terdiri daripada kaum wanita dan kami mendapati produk yang paling banyak dibeli oleh pengguna wanita kami adalah daripada kategori Kesihatan & Kecantikan. Dan ini menjadikan kategori Kesihatan & Kecantikan salah satu kategori yang paling popular di platform kami.”

“Segmen kecantikan kami sangat kukuh, inilah sebabnya kami bekerja­sama dengan jenama seperti SimplySiti,” jelas beliau. – Bernama

Sumber: Kosmo, Bernama

Siapa SimplySiti Ni?

Merujuk kepada Wikipedia:

SimplySiti Sdn. Bhd. (didaftarkan sebagai SimplySiti) ialah syarikat produk kosmetik dan kecantikan yang diasaskan pada 30 Mac 2010 oleh penyanyi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dengan ibu pejabatnya beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Nama syarikat ini diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, “simplicity” yang bermaskud kesederhanaan.

Sejak diasaskan pada 2010, SimplySiti telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik dan kecantikan yang merangkumi tiga produk utama – Penjagaan kulit, solekan dan wangian.

Siapa Di Sebalik SimplySiti?

Ianya diketuai sendiri oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai Presiden, suami beliau Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa sebagai Naib Presiden, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, P.Y. Wong dan anak beliau Muhd Asyraf Khalid sebagai Pengarah Eksekutif syarikat.

Boleh dikatakan, family business jugalah.

Tahun Yang Rancak Untuk IPO

This image has an empty alt attribute; its file name is prestasi-ipo-jun-2019-table-baru-700x355.jpg

Setakat separuh tahun 2019 ni, memang mantap IPO-IPO yang telah disenaraikan. Kita boleh simpulkan bahawa:

Untuk Prestasi Sehari:
11 Naik – 78.57%
2 Turun – 14.29%
1 Tidak Berubah – 7.14%

Untuk Prestasi Sehingga Pertengahan 2019:
8 Naik – 57.14%
6 Turun – 42.86%

Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Prestasi IPO Setengah Tahun 2019.

Tahun 2018 Pun Power Juga IPO

Ada yang naikan sampai 130% dalam masa sehari pun ada. Boleh baca seterusnya di Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018.

Banyak Muka Baru Yang Terkenal Bakal Disenaraikan

Bukan SimplySiti saja, banyak lagi syarikat yang bakal IPO seperti di bawah:

Rebut peluang untuk pohon IPO ni, tapi kena ada taktik yang betul dan berkesan. Jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia. Semoga berjaya!

Komen

komen





Source link