Artikel Terkini

Teringin Beli Rumah Tapi Simpanan Tiada? PR1MA Ada Penyelesaiannya


Jika ditanya kepada orang ramai apa yang menjadi keinginan mereka ketika ini, sudah tentu memiliki sebuah kediaman yang selesa dan sesuai dengan pendapatan.

Namun begitu, keinginan tersebut diakui memang sukar untuk dicapai kerana pelbagai faktor seperti belum menemui lokasi yang sesuai, persekitaran yang kurang memuaskan dan sebagainya.

Akan tetapi dalam banyak faktor yang menghambat impian tersebut adalah berkaitan keadaan kewangan yang mana telah menyukarkan mereka untuk mendapatkan pembiayaan.

Memang perkara ini tidak mudah untuk ditangani. Tambahan pula pada ketika ini tidak ramai orang menikmati kenaikan pendapatan bulanan pada setiap tahun.

Image result for kenaikan harga rumah

Sumber : mynewshub.tv

Dengan pendapatan pada paras sederhana, syarat untuk menyediakan 10 peratus pendahuluan dari harga rumah yang diimpikan juga ternyata sukar untuk dipenuhi.

Pada masa yang sama, bukan sahaja harga barang keperluan harian meningkat, harga kediaman juga turut melonjak tinggi tahun demi tahun.

Dalam situasi begini, jangankan hendak membeli rumah, tabungan untuk digunakan pada waktu kecemasan pun ramai yang tidak mampu untuk sediakan.

Memang beginilah situasi dan dilema yang dihadapi oleh ramai orang, bukan anda sahaja.

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat yang berminat untuk mendapatkan sebuah kediaman di bawah PR1MA, kini masalah pembiayaan bukan lain satu isu besar yang menjadi penghalang.

Hal ini demikian kerana, PR1MA telah bekerjasama dengan beberapa institusi perbankan dan kewangan yang boleh menyediakan pembiayaan dengan pakej menarik kepada para pembeli PR1MA.

9 Cara Pilih Bank Untuk Mohon Pinjaman Perumahan Hartabumi 02

Sumber: Script Mag

Antara institusi perbankan dan kewangan yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Maybank
  2. Bank CIMB
  3. Bank MBSB
  4. Bank Rakyat
  5. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  6. Bank Affin
  7. Bank Islam
  8. Bank RHB
  9. AmBank.

Untuk para pembeli yang layak membuat pinjaman, pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak bank boleh mencecah sehingga 110 peratus harga Perjanjian Jual Beli (SPA). Namun begitu, terma dan syarat akhir pembiayaan ini adalah tertakluk kepada ketetapan dan kelulusan bank.

Akan tetapi, berita menarik untuk pembeli yang berjaya mendapatkan pinjaman maksimum adalah mereka tidak perlu membuat sebarang bayaran pendahuluan.

Cuma apa yang perlu disediakan hanyalah RM500 sebagai yuran tempahan. Ini untuk memastikan komitmen pembeli tersebut sehinggalah perjanjian jual beli rumah ditandatangani dan disetem.

Selepas permohonan pinjaman diluluskan, pembeli hanya diminta membuat pembayaran faedah ketika kediaman dalam fasa pembinaan. Bayaran ansuran pula hanya perlu dibuat selepas kediaman anda telah siap dibina. Agak meringankan beban kewangan anda bukan?

Image result for pr1ma ara damansara

Sumber: thesundaily

Jelas bukan?

Perlu juga diberitahu bahawa kadar pinjaman dan bayaran ansuran yang ditetapkan berkemungkinan berbeza antara semua bank yang terbabit.

Sekiranya anda masih memerlukan penjelasan lanjut atau sebarang pertanyaan berhubung pembiayaan untuk pembeli kediaman PR1MA ini, jangan ragu-ragu, hubungi 03-7628 9898 segera atau layari laman sesawang www.pr1ma.my

Tapi nanti dulu!

Ada berita baik untuk penjawat sektor awam.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) turut menawarkan pinjaman kepada para penjawat awam yang berminat untuk mendapatkan kediaman PR1MA.

Image result for lppsa

Sumber: azhan.co

Layari www.lppsa.gov.my untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung pinjaman dan syarat yang dikenakan.





Source link