Uncategorized

Terma Kewangan Islam Yang Mudah Untuk Kita Faham

Terma Kewangan Islam Yang Mudah Untuk Kita Faham 1


Mesti ramai yang confuse bila dengar terma-terma kewangan Islam buat pertama kali. Malah, ada yang dah biasa kita dengar pun masih tak pasti apakah maksudnya.

Jom kita belajar bahasa Arab sikit dan ikuti perkongsian Puan Nuraishah Hanani seperti berikut:

1. Kalau simpan – Wadiah
2. Kalau labur – Mudarabah
3. Kalau di’urus – Wakalah
4. Kalau yuran – Ujrah
5. Kalau TT ia – Hawalah
6. Kalau rebate – Ibraa
7. Kalau caj gantirugi – Tawidh
8. Kalau penalti – Gharamah
9. Kalau berjanji – Waad
10. Kalau gadai – Rahnu
11. Kalau pinjam – Qard
12. Kalau adat – Uruf 
13. Kalau gerenti – Kafalah
14. Kalau bagi deposit – ‘Urbun
15. Kalau sewa – Ijarah
16. Kalau jual – Bai
17. Kalau untung rugi bersama – Musyarakah
18. Kalau kongsi untung beramanah – Mudarabah
19. Kalau beri hadiah – Hibah
20. Kalau tolong menolong – Takaful

Sumber: FB Nuraishah Hanani

Lepas ni bila dengar terma-terma kewangan Islam yang kita tak pasti, boleh rujuk senarai ini. Semoga tidak keliru lagi bila dengar perkataan Arab disebut oleh mereka dalam industri kewangan Islam ni.

Tapi tahu saja tak mencukupi, kita kena ambil tahu juga lebih mendalam pasal kewangan Islam ni. Jemput baca:

Terma Kewangan Islam Yang Mudah Untuk Kita Faham 2

Komen

komen





Source link