Artikel Terkini

TH lantik Rozita Khamsiah dan Ahmad Shahriman sertai pengurusan kanan



KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Rozita Khamsiah Othman sebagai setiausaha lembaga dan Ahmad Shahriman Johari sebagai pengurus besar hal ehwal awam dan komunikasi korporat kumpulan, masing-masing berkuatkuasa pada 9 Mac dan 1 April, 2020.

TH dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan baharu pengurusan kanan itu selaras dengan usahanya untuk memantapkan kepimpinan organisasi.

“Rozita Khamsiah mempunyai pengalaman luas sebagai penasihat undang-undang dalaman dan setiausaha syarikat berlesen daripada pelbagai industri termasuk institusi kewangan kerajaan, pembinaan danpembangunan hartanah.

“Sebelum menyertai TH, beliau berkhidmat sebagai naib presiden kanan di Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd dan bertanggungjawab dalam aspek pengurusan undang-undang syarikat termasuklah memimpin, mengurus dan memantau penyampaian khidmat nasihat undang-undang,” kata syarikat itu.

Sementara itu, Ahmad Shahriman pula sebelum ini merupakan ketua komunikasi korporat di Sime Darby Property Berhad yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal perhubungan awam serta komunikasi syarikat tersebut.

“Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perhubungan media dan pernah memegang jawatan Ketua Pengarang Berita di New Straits Times (NST),” kata TH.

— BERNAMA





Source link

Related Posts