Uncategorized

thyssenkrupp Airport Solutions Meterai Kontrak Perkhidmatan Terbesar Seumpamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha

thyssenkrupp Airport Solutions Meterai Kontrak Perkhidmatan Terbesar Seumpamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha 1


ESSEN, Jerman dan DOHA, Qatar, 2 Mei 2019 /PRNewswire/ — thyssenkrupp Elevator meraikan kejayaan terkininya, setelah memperoleh kontrak perkhidmatan yang terbesar dalam seluruh sejarah perniagaan Penyelesaian Lapangan Terbangnya: Syarikat akan bertanggungjawab untuk pengendalian dan penyelenggaraan 90 jambatan masuk penumpang, termasuk satu jambatan masuk VIP yang digunakan secara eksklusif oleh Keluarga Diraja dan Pegawai-pegawai Kerajaan Kanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar. Kontrak ini turut melibatkan penyediaan perkhidmatan untuk lebih 500 unit sokongan pesawat yang membantu sebaik sahaja kapal terbang diparkir.

Berserta penyelenggaraan jambatan masuk penumpang, thyssenkrupp Elevator telahpun memasang 234 lif, 105 eskalator dan 52 pejalan kaki bergerak di lapangan terbang tersebut.

thyssenkrupp Airport Solutions Meterai Kontrak Perkhidmatan Terbesar Seumpamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha 2
Kontrak baharu ini bernilai tiga angka juta euro.

“Kami berbesar hati untuk terus meluaskan jalinan kerjasama kami bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dan berupaya untuk terus mengurangkan masa penghubung untuk sejumlah besar penumpang dengan memastikan penyelesaian mobiliti kekal beroperasi,” kata Peter Walker, Ketua Pegawai Eksekutif di thyssenkrupp Elevator. “Tatkala penduduk dunia terus bertambah dan dunia globalisasi kita menjadi semakin terhubung, mobiliti orang ramai yang cekap di dalam lapangan terbang menjadi isu kebimbangan utama, menjadikannya sama penting dengan penerbangan sebenar.”

Latar belakang kami:
Dengan jualan mencecah €7.6 bilion pada tahun fiskal 2017/2018 dan mempunyai pelanggan di 150 negara, thyssenkrupp Elevator mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat lif yang terkemuka di dunia dari bawah dalam masa hanya 40 tahun mengaplikasikan keupayaan kejuruteraan unik thyssenkrupp. Menerusi lebih 50,000 kakitangan berkemahiran tinggi, syarikat menawarkan produk dan perkhidmatan yang pintar serta inovatif. Portfolionya melibatkan lif penumpang dan barang, eskalator dan laluan pejalan kaki bergerak, jambatan masuk penumpang, lif tangga dan platform serta penyelesaian perkhidmatan tersuai untuk semua produk.

Sumber: thyssenkrupp Elevator AG

Pautan Berkaitan:

thyssenkrupp Airport Solutions Meterai Kontrak Perkhidmatan Terbesar Seumpamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha 3

Komen

komen





Source link