Artikel Terkini

Tiada hasrat lanjut tempoh daftar e-Tunai Rakyat – Guan Eng



IPOH: Kementerian Kewangan tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh dua bulan pendaftaran e-Tunai Rakyat yang akan tamat pada 9 Mac depan.

Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat dahulu sambutan terhadap program itu, yang sehingga kini begitu menggalakkan.

“Buat masa ini kita tidak ada cadangan untuk lanjutkan kerana kita bagi tempoh dua bulan, tetapi kita tunggu dan lihat kerana bila kita lihat (ada) sambutan yang baik.

“Yang penting ialah kita hendak tarik seberapa ramai yang boleh untuk beli atau jual atas talian dan kita kira kalau boleh sampai 15 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Inisiatif e-Tunai Rakyat di pusat beli belah Aeon Kinta City di Ipoh pada Ahad.

BACA: Guan Eng nafi e-Tunai Rakyat tidak dapat sambutan

BACA: e-Tunai Rakyat: Kerajaan kaji masukkan terus ke BSH

Katanya, inisiatif itu adalah untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk membuat urusan jual beli secara atas talian sekali gus mengalakkan usaha masyarakat tanpa tunai.

Menurut Guan Eng, sehingga hari ini terdapat 2.6 juta permohonan untuk mendaftar bagi pembayaran digital, dan daripada jumlah itu sebanyak dua juta telah diluluskan.





Source link

Related Posts