Uncategorized

Tinder tidak mahu dikenali sebagai aplikasi cari teman untuk buat maksiat

Tinder tidak mahu dikenali sebagai aplikasi cari teman untuk buat maksiat 1



Tinder tidak mahu dikenali sebagai aplikasi cari teman untuk buat maksiat 2

DEMI menarik pengguna di Asia, syarikat pengendali aplikasi media sosial popular, Tinder mengambil langkah untuk mengubah reputasinya sebagai aplikasi yang menjurus penggunanya mencari pasangan untuk membuat maksiat.

Dengan itu pengendalinya, Syarikat Match Group Inc. sedang mencari jalan untuk menembusi pasaran Asia, di mana terdapat berjuta-juta individu bujang yang tidak pernah lagi mencuba sebarang aplikasi mencari pacaran mahupun teman hidup.

Namun cabarannya, rantau itu dilihat lebih konservatif dan kuat pegangan tradisi dan agamanya berbanding negara barat.

Menurut Bloomberg, syarikat tersebut cuba untuk memasarkan aplikasi Tinder di Korea Selatan sebagai platform untuk mencari rakan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Mandy Ginsberg berkata pasaran Asia dijangka menyumbang kepada 25 peratus daripada jumlah pulangan aplikasi Tinder menjelang 2023.

“Sewaktu berada di India untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya, saya sempat bertanyakan pendapat mereka mengenai tradisi perkahwinan diatur keluarga. Mereka membalas dengan ketawa dan berkata bahawa ianya perkara lapuk,” tambah Ginsberg.

Antara cabaran terbesar mereka ialah perbezaan budaya antara negara-negara Barat dan Asia.

Sebagai contoh, pengguna Tinder di Amerika Syarikat banyak memuat naik gambar yang memaparkan rupa dan bentuk badan mereka manakala pengguna di Korea Selatan memuatnaik gambar makanan kegemaran, haiwan peliharaan atau hobi.

Di India, penggunanya menitikberatkan agama, bahasa dan kasta dalam mencari pasangan.

Pengguna Jepun pula lebih cenderung memasukkan butiran jenis golongan darah mereka, sebagai petanda kepada personaliti mereka menurut kepercayaan orang Jepun.





Source link