Artikel Terkini

Tip Penggunaan Dan Penyimpanan Untuk Semua Jenis Bekas Makanan Plastik


Bekas simpanan plastik yang paling terkenal sudah pastinya mak-mak akan sebut Tupperware. Walaupun beli dekat kedai RM 2.00, tetap sebut Tupperware. Jelas, jenama ini memang sentiasa diingati. Tapi, tidak kira lah bekas makanan plastik anda tu mahal atau murah, kalau tak dibersih dan disimpan dengan betul, ia akan berbau dan adakalanya rosak tanpa disedari mengundang ancaman lain kepada pengguna.

Oleh itu, cucian dengan air sabun semata-mata belum tentu dapat memastikan bau dan kotoran pada bekas makanan plastik anda bersih 100%. Berikut, IMPIANA kongsikan tip betul cara cuci, simpanan dan penggunaan yang perlu dilakukan mak-mak ketika menggunakan bekas makanan plastik. Tip ini terpakai untuk semua jenis bekas makanan plastik tidak kira mahal atau pun yang murah.

CARA CUCIAN
1. Gunakan air suam bersabun dan kain lembut atau span
2. keringkan menggunakan kain lembut atau biarkan ia kering sendiri sebelum disimpan
3. Jauhkan dari panas bagi tujuan mengeringkan bekas yang telah dibasuh
4. Gunakan baking soda untuk kotoran degil

PENYIMPANAN
1. pastikan ia kering sepenuhnya sebelum disimpan
2. Simpan bekas makanan dalam keadaan penutupnya terbuka bagi tujuan penggudaraan dan elak berbau

CARA BETUL DAN TEPAT PENGGUNAAN BEKAS MAKANAN PLASTIK
1. Pastikan makanan atau minuman yang hendak dibungkus sejuk terlebih dahulu
2. Elak penggunaan alatan tajam seperti pisau garfu
3. Tidak semau bekas makanan sesuai untuk digunakan bagi memanaskan makanan di dalam microwave. Lapisan pelindungnya mudah tertanggal dan mencemarkan makanan. Guna bekas yang tertera sesuai atau dikhaskan untuk kegunaan microwave

HILANGKAN BAU DALAM BEKAS MAKANAN PLASTIK
1. letak surat khabar atau arang di dalam bekas makanan dan tutup rapat. biarkan 2-3 hari. jika masih berbau, biarkan ia dalam tempoh lama
2. Basuh beaks menggunakan baking soda
3. cuci dengan jus lemon atau cuka dan bilas dengan air bersih
4. buka tutup bekas apabila tidak digunakan



Source link