Artikel Terkini

Tip Ringkas Di Dapur Bulan Ramadan


Bila bulan puasa ni kalut nak siapkan perkakas nak masak dekat dapur, kadang-kadang tak cukup kaki tangan dibuatnya. Impiana nak kongsikan sikit tip mudah untuk semua pembaca.

1 – Rancang untuk seminggu, kalau ada ikan atau ayam, siang dan bersihkan dulu. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Asingkan dalam plastik bersih. Kalau rajin, anda boleh labelkan plastik beg tadi untuk dimasak pada hari apa. Setiap plastik isi secukupnya ikan atau ayam untuk anda masak pada hari itu. Biasanya bulan puasa menu yang simple lebih menyelerakan.

2 – Kupas bawang putih, bawang merah, bawang besar dan kisar secara berasingan. Kisar juga cili kering (kalau suka). Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk. Tak perlulah kisar terlalu banyak, kalau lama sangat pun rasa dia nanti tak sedap. Anda agak-agak lah untuk masak 3 – 4 hari macam tu.

3 – Pes masakan segera juga perlu ada, terutama untuk dimasak waktu sahur. Pes ini anda boleh beli atau boleh buat sendiri dan bekukan. Sebagai contoh, macam asam pedas. Anda boleh buat rencah2 asam pedas dan tumis seperti anda buat sambal tumis. Masak dengan api kecil hingga naik minyak. Kemudian sejukkan, simpan dalam botol dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila nak guna, anda tinggal didihkan air, cedok pes tadi dan masukkan. Tambah asam jawa, masukkan ikan, daun kesom dan sayuran seperti terung, bendi atau tomato. Sesuaikan rasa, dah siap…Begitu juga sambal asas untuk anda masak mi goreng dan sebagainya. Buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk.

4 – Satu lagi yang che mat selalu nampak bonda buat kalau beli sayur seperti kangkung, pucuk manis dan sayur2 berdaun, ialah, sayur2 tadi biar dalam keadaan kering, kering kat sini bukanlah layu, tapi tak basah. Kemudian disiang dan simpan dalam bekas plastik bertututp (guna bekas plastik bulat yang isi kuih baulu, saiz besar). Kemudian simpan dalam peti sejuk. Tahan sampai 3 hari atau lebih, sayur tak lecur pun, masih segar. Ini juga anda boleh pratikkan dalam bulan ramadan untuk mempercepatkan kerja…

5 – Kalau ada lebih2 air minuman yang tak habis pada masa berbuka puasa,..apa kata anda jadikan eskrim Malaysia. Tapi bila dan jadi eskrim, jangan pulak dimakan tengah hari esoknya, kes naya tu. Kalau ada 2-3 jenis air, lagi bess, jadikan eskrim semuanya. Selain air, manisan seperti bubur kacang, bubur pulut hitam juga anda boleh jadikan eskrim Malaysia. Hmmm…sedapnya..

6 – Kalau anda masak menu yang agak susah dan berat seperti rendang atau kari daging. Boleh saja didingin bekukan untuk dimakan pada hari2 mendatang. Yang penting, anda kena biarkan masakan tadi betul2 sejuk. Isikan dalam bekas, tutup rapat dan terus masukkan dalam freezer, seelok2nya kasi label lah, samada rendang atau kari. Bila nak makan, panaskan dalam microwave.

7 – Simpan air rebusan untuk memudahkan kerja anda, manalah tau kalau anda nak bikin mi sup ke atau mi2 yang berkuah. Air rebusan samada air rebusan tulang lembu atau ayam, anda boleh bekukan. Ada orang bekukan dalam bekas untuk membuat ais kiub. Jadi bila nak guna ambil beberapa ketul dan masukkan ke dalam kuah. Masak megi pun boleh masukkan juga untuk rasa lebih ampuh. Kaedah ini boleh anda praktikkan kalau tak suka guna kiub2 ayam atau daging..

8 – Sardine antara makanan segera yang menjadi pilihan untuk bulan puasa terutama masa bersahur. Jangan lupa simpan beberapa tin dalam kabinet dapur anda. Sardine tin saiz sederhana pun dah cukup, tapi ikut bilangan keluarga anda lah. Kalau tak habis pun takpe, boleh dioter jadi sandwich masa berbuka nanti, atau boleh dicampur dalam inti karipap. Selain sardine dalam tin, kalau suka boleh juga simpan stok sotong dalam tin…

9 – Untuk mendapat rupa paras cincau yang cantik, anda boleh parut cincau tadi, guna parut yang saiz lubangnya kasar, jangan yang halus sangat. Kadang2 ada juga yang cincang kasar, yang ni terpulang. Satu lagi, bancuh air cincau bila waktu berbuka dah hampir, kalau anda bancuh awal sangat, nanti rasanya kurang enak. Rasa tak bes. Apa yang anda boleh buat, siapkan air masak, air gula dan ais secukupnya. Ok, bila dalam 6-7 minit nak masuk waktu berbuka, masukkan air, air gula, ais kiub dan cincau. Untuk tau air cincau anda cukup manis, bila anda letak cincau, cincau terapung…Boleh juga campur dalam sirap bandung…

10 – Acar ikan masin juga boleh anda simpan sebagai stok berbuka puasa atau bersahur. Boleh beli (dah ramai jual secara on9), atau mana2 yang rajin tu anda boleh buat sendiri. Buat banyak2, dan simpan dalam botol. Masa menumis, taruk minyak lebih sikit, biar acar tu tenggelam masa anda simpan dalam botol. Nak makan cedok isi saja. Rasanya acar ikan masin dah ok sangat untuk bersahur, tambah telur dadar dan semestinya renjiskan sedikit kicap lemak manis JALEN…ehemm…

Sumber: tiffinbiru.com



Source link