Uncategorized

Tip untuk anda yang nak beli rumah tahun ini (dan tak nak rugi)

Tip untuk anda yang nak beli rumah tahun ini (dan tak nak rugi) 1


Tarikh 1 September 2015 tahun lepas dah jadi tarikh keramat buat Tok.

Padan muka Tok. Siapa suruh Tok gatal baca berita yang Tok sendiri tak suka.

GH Masterclass

Utusan Online keluarkan berita yang ditulis oleh Tuan Saifulizam Mohamad, tentang kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Mereka dapati harga rumah di negara ini sangat tak mampu dibeli (dengan kata lain, sangat mahal) berdasarkan piawaian antarabangsa.

Harga rumah di Malaysia yang aman ini 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia.

Tambah Datuk Charon Wardini Mokhzani (Pengarah urusan KRI), situasi ini tak boleh dipandang ringan.

Contohnya, rumah teres dua tingkat saiz 20 X 70 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dijual dengan harga RM328,800 (minimum). Sebuah rumah teres setingkat yang sama saiz pula bermula dari RM198,800.

Kalau kita lihat projek perumahan di kawasan bandar Seremban pula (saiz 20 X 70, atau bersaiz 22 X 80) berharga dari RM400,000 hingga RM700,000, dan ia bergantung kepada lokasi projek.

Pembeli terpaksa bayar ansuran bulanan antara RM1,800, hingga RM2,500 sebulan selama 30 tahun untuk duduk di rumah ini.

Sekarang cuba kita bayangkan, berapa gaji bulanan yang mereka perlu dapatkan untuk tanggung ansuran bulanan?

Pada masa yang sama juga, mereka perlu bayar kos-kos lain seperti ansuran kereta, macam-macam jenis bil, nafkah keluarga, kos sekolah anak, dan sebagainya.

Tok rasa, tak perlu tok sentuh pasal rumah berkembar (tapi Tok nak terangkan juga). Rata-rata harga bermula dari RM700,000 hingga berjuta ringgit.

Rumah banglo pula, bermula dengan harga RM1 juta hingga RM2 juta lebih.

Itu baru kawasan sekitar Negeri Sembilan.

Jom kita tengok harga rumah di kawasan Bandar Baru Bangi pula. Harga rumah kawasan ini turut naik secara mendadak, sampai tak ada rumah yang harga RM350,000 ke bawah.

Rumah ini pula adalah rumah lama. Ia berharga sekitar RM60,000 sahaja pada 10 tahun lepas.

Bagi kategori rumah berkembar dan banglo, sudah cecah harga bermula dari RM1.7 juta. Secara logik, berapa banyak golongan kita yang mampu beli rumah pada harga seperti ini?

Kita masuk pula bab buat pinjaman perumahan di bank.

Syarat pinjaman sekarang semakin ketat, kalau nak dibandingkan dengan masa dulu. Tambah lagi, dengan suasana ekonomi yang tak menentu.

Pihak bank semakin berhati-hati dan hanya berikan pinjaman kepada mereka yang benar-benar mampu sahaja.

Kisah ini dikongsikan oleh rakan Tuan Saifulizam.

Ada rakan beliau (berusia awal 30-an) buat permohonan pinjaman bersama isterinya (seorang pegawai sebuah badan berkanun), untuk beli rumah pertama mereka yang berharga RM400,000.

Malangnya, permohonan mereka ditolak. Entah kenapa. Padahal, gaji mereka cukup layak dan tak ada masalah untuk buat pinjaman.

Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang tak bernasib baik. Bank sudah makin kedekut dan tak macam dulu lagi.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin kata, ramai pemaju yang hanya sekadar pentingkan untung semata-mata.

Pada mereka, untung lebih penting berbanding membina rumah mampu milik dan selesa kepada rakyat Malaysia.

Kalau kita fikir secara logik, kos membina sebuah rumah berharga RM200,000 cuma guna separuh daripada harga ini. Atas dasar tamak untuk kaut untung, rakyat pula kena tanggung beban.

Prof. Ir. Datuk Dr. Muhiyiddin Ramli (Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan di Universiti Sains Malaysia) juga menambah, undang-undang khas perlu digubal untuk kawal harga rumah secepat mungkin.

Kalau tak, Tok rasa masalah ini akan jadi lebih teruk.

Untuk satu sudut, memang kesian tengok orang sekarang susah nak beli rumah. Mari cuba kita fikir ke depan sejenak. Apakah nasib anak-anak kecil sekarang pada masa akan datang?

Tok nak kongsikan pandangan Tuan Ariff Shah yang bernas, dan elok dibaca oleh korang yang berniat nak beli hartanah ketika ekonomi gawat, atau ketika harga hartanah sedang meningkat naik.

Sesuai untuk kita beli, kalau hartanah ini terletak di kawasan tengah bandar, lengkap dengan pelbagai kemudahan, dan sesuai dengan bajet kita.

Hartanah seperti ini susah nak jatuh sebab permintaaan sentiasa ada, sama ada waktu gawat atau tak.

Berikut adalah sebab seseorang pilih tempat tinggal yang sesuai untuk mereka:

  • Dekat dengan tempat kerja. Senang nak ke ofis,
  • Kemudahan cukup. Tak perlu berjalan jauh untuk dapatkan keperluan rumah, atau sebagainya,
  • Akses jalanraya yang bagus. Terletak dekat dengan jalan utama, atau lebuhraya,
  • Sesuai dengan bajet,
  • Potensi pembangunan di kawasan tersebut (seperti LRT, MRT, BRT, lebuhraya baru, dan sebagainya).

Permintaan hartanah seperti ini sentiasa tinggi. Agak susah kita nak tengok harga hartanah di kawasan seperti ini jatuh, walaupun semasa ekonomi tengah gawat.

Orang beli sebab nak tinggal dekat sini, bukan sebab nak jual bila harga dah naik.

Ini yang masih ramai orang tak faham. Sebab ini, ramai yang masih kekal dengan waiting game mereka (tunggu hingga harga hartanah jatuh).

Kalau korang mampu, dan memang tengah cari rumah di kawasan bandar yang dekat dengan tempat kerja, baik korang beli terus.

Beli sekarang lebih baik daripada konon-kononnya nak tunggu harga jatuh. Korang sanggup ke bayar sewa rumah untuk tempoh masa yang lebih lama?

Dalam tempoh masa yang kita tunggu itu, orang yang beli hartanah sekarang dah untung 10 hingga 15% sebab harga hartanah naik.

Kita mesti nak jadi orang yang untung, bukan orang yang rugi, kan?

Kalau korang dah ada modal nak beli rumah, beli sahaja dahulu.

Tak payah tunggu-tunggu. Sebab harga hartanah ada potensi besar untuk terus meningkat, dan risiko nak jatuh amat kurang.

Lagi kita tunggu, lagi tinggi peluang untuk kita melepas. Kalau dah mahal sangat nanti, takut tak mampu nak beli.

Tok tak suka rugikan masa sebab ia amat berharga. Jadi, Tok nasihatkan korang buat benda yang sama.

Kalau sudah jelas peluang itu ada, kenapa kena bertangguh lagi. Bertindak sekarang. Jangan tunggu lama-lama.



Source link