Artikel Terkini

Tony Fernandes, Kamarudin Meranun lepas jawatan selama 2 bulan, Bo Lingam pemangku CEO AirAsia



KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes melepaskan jawatan eksekutifnya selama dua bulan dalam syarikat penerbangaan itu berkuatkuasa serta-merta untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan salah laku dalam urusniaga dengan Airbus.

Turut melepaskan jawatan ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun yang turut berkuatkuasa serta-merta.

Ini berikutan pengumuman AirAsia Group Berhad bahawa Lembaga Pengarah AirAsia telah membentuk Jawatankuasa Lembaga Bebas Bukan Eksekutif yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif.

Bagaimanapun, Tony dan Kamarudin akan bertindak selaku penasihat selama tempoh dua bulan tersebut.

Walaupun demikian, kedua-dua mereka akan kekal sebagai penasihat kepada AirAsia sepanjang tempoh ini.

Tharumalingam a/l Kanagalingam atau Bo Lingam telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Berhad berkuatkuasa 3 Februari 2020 sepanjang tempoh dua bulan ini.

Perkara ini disahkan melalui sebuah notis AirAsia berikan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.





Source link

Related Posts