Artikel Terkini

Top 5 Pilihan Pelabur Hartanah Antarabangsa di Asia Pasifik


Pasaran hartanah di Asia dilihat semakin bercambah dengan penawaran pelbagai jenis hartanah dan fasiliti daripada negara-negara di Asia khususnya Asia Tenggara.

Hartanah jenis ruang pejabat yang sejak sekian lama telah menjadi pilihan pelabur asing untuk melabur di Asia, kini dilihat mula berkurangan dari segi permintaannya. 

Akan tetapi, dengan peningkatan e-dagang menerusi platform Lazada, Shopee, Zalora dan sebagainya; ruang perindustrian dan pengedaran telah menjadi semakin popular.

Hari demi hari,
permintaan hartanah bagi menampung operasi logistik telah berkembang dan
menunjukkan potensi yang baik untuk beberapa tahun ke hadapan.

Sesuatu yang
mengejutkan apabila kebanyakan pelabur kini mula cenderung dan berminat untuk
memasuki pasaran hartanah di India.

Hal ini kerana, penawaran ruang runcit, perindustrian dan logistik di India lebih tinggi berbanding pusat membeli belah dan ruang pejabat atau co-working space.

Berdasarkan kajian berkenaan Kemunculan Pasaran Hartanah Baru Asia Pasifik 2019 yang dikeluarkan PwC baru – baru ini, terdapat 22 bandar yang dilihat sebagai prospek untuk pelaburan dan pembangunan di Asia Pasifik.

Melbourne dan Sydney muncul kelompok lima teratas dalam kedua-dua segmen pelaburan dan pembangunan.

Kuala Lumpur berada
di kedudukan ke 22 daripada 22 negara dalam segmen pelaburan di bawah Manila,
Auckland dan Taipei. Bagi segmen pembangunan juga Kuala Lumpur menduduki
kedudukan tercorot.

Ekonomi Taiwan
menurun kepada 2.1% daripada 2.6% pada 2018 dan masih dijangka turun apabila
tekanan perdagangan luar berterusan sekaligus menjejaskan reputasinya di mata
pemerhati dan pelabur asing.

Untuk pelaburan,
prospek bandar yang terbaik dilihat pemerhati dan pelabur adalah Melbourne,
Singapore, Sydney, Tokyo, Osaka, Shanghai dan Ho Chi Minh City.

Manakala untuk
pembangunan pula Melbourne, Ho Chi Minh City, Sydney, Tokyo, Shanghai, Osaka
dan Shenzen dinilai sebagai prospek bandar terbaik.

Top 5 Pilihan Pelabur Hartanah Antarabangsa

1. Melbourne, Australia

Melbourne yang kini
menjadi pilihan pelabur hartanah menggantikan Sydney kerana wujudnya bekalan
ruang pejabat yang banyak untuk pelaburan.

Penawaran ruang
perindustrian, peruncitan dan logistik di Melbourne juga meningkat sehingga 5.5% pada 2018 menjadikan Melbourne
lokasi pilihan nombor satu pelabur untuk pelaburan dan pembangunan.

Untuk pasaran
selain hartanah kediaman, Melbourne menjadi pilihan kerana wujud bekalan
hartanah yang baik dan terkawal dan pertumbuhan permintaan sewaan terhadap unit
komersial juga meningkat.

2. Singapura

Singapura yang
menduduki tempat kedua pada 2019 berbanding 21 pada 2017 telah melakukan beberapa
tindakan proaktif dalam menggalakkan aktiviti pelaburan hartanah khususnya
ruang pejabat dan runcit.

Singapura
menyaksikan permintaan terhadap sewaan unit pejabat, co working space meningkat
secara mendadak daripada firma luar negara.

Akan tetapi,
hartanah kediaman tetap bertahan sungguhpun pemaju dan pembeli berjaga – jaga
akibat impak dari polisi kerajaan yang meningkatkan cukai hartanah pada 2018.

Untuk rekod,
Singapura menghadapi isu lambakan hartanah logistik tetapi semakin pulih dengan
peningkatan pelabur semenjak 2018.

3. Sydney, Australia

Permintaan sewaan
yang tinggi untuk hartanah kediaman dan komersial menjadikan Sydney antara
prospek pilihan pelabur asing kerana pulangan hartanah yang tinggi.

Sydney merupakan pilihan
utama pelabur tempatan dan asing menjadikan harga hartanah di sini adalah lebih
tinggi berbanding kawasan lain termasuk Melbourne.

Pertumbuhan minat
dari pelabur ini terjadi kerana Sydney menjadi lokasi pilihan banyak syarikat
gergasi seperti Amazon, Commonwealth Bnak, Allianz dan Caltex.

Sungguhpun harga
hartanah kediaman telah menurun sejak beberapa tahun yang lalu, harga rumah di
Sydney kekal antara yang termahal di dunia kerana migrasi warga asing ke
Sydney.

4. Tokyo, Jepun

Dengan penawaran
menarik dari institusi kewangan dan bank, kadar faedah yang rendah dan lambakan
hartanah yang ideal untuk pelaburan menjadikan Tokyo pilihan ke empat pelabur
asing di rantau Asia Pasifik.

Hartanah logistik
di Tokyo adalah lebih popular berbanding hartanah kediaman di kalangan pelabur
asing.

Trend pelabur asing
pada 2019 cenderung ke arah hartanah perhotelan di Tokyo kerana Olimpik 2020
yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Wujud pembelian
hotel secara agresif dan pukal di Tokyo dan juga pembangunan hotel.

5. Shanghai, China

Ramai pelabur asing
yang bertindak melabur atau membangunkan hartanah di Shanghai kerana melihat
Shanghai merupakan lokasi yang sesuai dalam mempelbagaikan portfolio mereka.

Faktor lain adalah
kerana Shanghai merupakan bandar pelabuhan dan menjadi pintu utama sebarang
pelaburan asing di China.

Terdapat sekatan
dan polisi perbankan yang ketat untuk pelbagai sektor termasuk hartanah pada
2018 kerana Perang Perdagangan di antara China dan US.

Sumber Rujukan:

Komen

komen





Source link