Uncategorized

Toshiba Tumpu Kriptografi Kuantum, Masa Depan Keselamatan Data

Toshiba Tumpu Kriptografi Kuantum, Masa Depan Keselamatan Data 1


SINGAPURA, 13 Mac 2019 /PRNewswire/ — Kriptografi kuantum mempunyai potensi yang besar untuk menjadi teknologi utama bagi melindungi infrastruktur komunikasi daripada serangan siber dan memberi kelebihan kepada perniagaan apabila melibatkan perlindungan maklumat kritikal-operasi. Apa itu kriptografi kuantum dan bagaimana kriptografi kuantum dapat merapatkan jurang dalam pertahanan dalam talian bagi membolehkan perniagaan untuk terus mendepani sebarang ancaman yang rumit? Toshiba menyediakan pandangan yang lebih mendalam tentang topik ini.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_20190313.shtml

Toshiba Tumpu Kriptografi Kuantum, Masa Depan Keselamatan Data 2
Dr. Andrew Shields, Assistant Managing Director at Toshiba’s Research Laboratory in Cambridge

Kriptografi kuantum, kini dan masa depan

Kajian terkini daripada Toshiba mendedahkan bahawa lebih separuh (52%) daripada perniagaan di Eropah menyenaraikan keselamatan data sebagai tiga keutamaan pelaburan tertinggi untuk tahun mendatang. Walaupun demikian, perniagaan sering ketinggalan dalam memastikan perniagaan mereka menyedari dan mendepani trend dan perkembangan dalam keselamatan siber.

Pada masa kini penyulitan kunci awam dianggap dengan meluas sebagai bahagian penting dalam keselamatan data, namun demikian ia dicabar oleh strategi-strategi serangan baharu dan kemunculan komputer-komputer kuantum yang akhirnya menyebabkan banyak penyulitan hari ini tidak selamat. Cabaran keselamatan hari ini dan kebimbangan keselamatan masa depan mendorong penerimaan kriptografi kuantum yang andal, yang menyediakan kaedah-kaedah yang selamat untuk menghasilkan dan mengedarkan kunci-kunci rahsia antara dua pihak pada rangkaian optik.

Toshiba Tumpu Kriptografi Kuantum, Masa Depan Keselamatan Data 3
Toshiba’s Quantum Encryption System

Meskipun masih belum tersedia secara komersial, para saintis kini berada di tahap yang mana mereka berupaya menggunakan teknologi tersebut dan dapat menunjukkan faedah-faedahnya. Makmal Penyelidikan Cambridge Toshiba baru-baru ini menerbitkan kertas kajian yang menjelaskan penemuan penting yang dibuat menggunakan protokol yang dikenali sebagai Twin-Field QKD, melanjutkan jarak QKD kepada lebih 500 kilometer daripada gentian telekomunikasi standard, seraya membuka potensi untuk komunikasi yang selamat antara bandar-bandar seperti LondonParisDublinManchester dan Amsterdam.

Tidak seperti penyelesaian keselamatan sedia ada yang lain, kriptografi kuantum adalah selamat daripada semua kemajuan masa depan dalam matematik dan pengkomputeran, meskipun daripada keupayaan pemprosesan nombor oleh komputer kuantum. Pemiawaian protokol-protokol QKD kekal penting untuk kriptografi kuantum yang dikomersialkan. Keperluan untuk mendayakan kebolehoperasian teknologi, membangunkan pasaran komponen selain proses dan teknologi, akan dapat mengurangkan kos penciptaan dan penggunaan QKD serta menyaksikan permulaan masa depan yang lebih selamat untuk kita semua.

Untuk mengetahui pandangan selanjutnya, klik pada pautan di bawah:
https://www.toshiba-clip.com/en/detail/7014

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20190219/2379110-1-a
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20190219/2379110-1-b
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20190219/2379110-1-c
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20190219/2379110-1-d
Logo – https://photos.prnasia.com/prnh/20190219/2379110-1LOGO

Sumber: Toshiba Corporation





Source link