Uncategorized

TPM sporting main congkak, karom, dart bersama media

TPM sporting main congkak, karom, dart bersama media 1



TPM sporting main congkak, karom, dart bersama media 2

CYBERJAYA: Jarang untuk kita melihat sosok tubuh seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan sikap terbuka dan sporting bermain congkak bersama media.

Jika sebelum ini, rata-rata pengamal media sukar mendekati seorang TPM ekoran kawalan keselamatan yang ketat, namun ia tidak mustahil bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau hari ini meluangkan masa melakukan aktiviti riadah bersama pihak media dalam satu majlis minum petang yang diadakan di sini.

Telatahnya menceriakan apabila beliau turut menunjukkan kehebatan bermain congkak, karom, batu seremban dan dart.

Dalam majlis itu, Dr Wan Azizah tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama wakil media tempatan yang bekerja keras memastikan setiap berita disampaikan kepada rakyat.





Source link