Artikel Terkini

Transformasi Rumah Sewa RM200, Cantik Macam Rumah Sendiri Untuk Keselesaan Keluarga


Nak sewa rumah, perkara pertama yang kita akan lihat selain lokasi adalah kondisi rumah tersebut. Bila nampak kotor dan buruk, mesti awal-aawl dah tolak kan. Namun, tidak bagi puan Farizah Jaafar. Rumah yang disewa pada harga RM200 sahaja walaupun tak cantik diubah suai macam rumah sendiri. Yang penting, keselesaan mereka seisi keluarga.

Bukan sikit2 punye penat pindah2 rumah ni. Sebulan dua pun belum tentu siap kemas. Syukur Alhamdulillah..dh masuk minggu ke 3 pindah rumah sewa baru. Dekor sikit-sikit masa si kecil nyenyak tidur.

Lantai tu simen diberi kemasan guna epoxy untuk gantikan tikar getah. Nak pasang jubin  tak cukup budget pulak.  1 tin cat epoxy 4L+ 1L hardener RM160. Pelbagai pilihan warna. pada awalnya saya nak amik warna kelabu, tapi ubah fikiran pilih yellow pastel untuk nampak ruang lebih luas & besar. 5L ni cukup untuk Saiz ruang 20×20.

Walaupun sewa & renovate pun ada black & white. Sewa RM 200 sebulan. Kos ubahsuai tolak sewa bulanan. Rumah 2 bilik 1 store tapi saya tambah lagi 1 bilik sebab ruang makan besar. Syukur Alhamdulillah.

Barang rumah lama saya banyak jual. Sebab leceh nak angkut pindah. 2 bulan saya cuti mengajar dekor kek, sebab kemas barang dan dekor rumah. Rumah ni masih belum siap kemas dan dekor sepenuhnya. Baru siap ruang tamu dan Ruang solat. Ruang makan, dapur & bilik tak siap lagi. Wallpaper, gantung langsir pun panjat dan pasang sendiri

 



Source link