Uncategorized

Tun Mahathir akan bertemu Gabenor JBIC bincang Bon Samurai kedua

Tun Mahathir akan bertemu Gabenor JBIC bincang Bon Samurai kedua 1



Tun Mahathir akan bertemu Gabenor JBIC bincang Bon Samurai kedua 2

KYOTO: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bertemu Gabenor Japan Bank for International Corporation (JBIC), Tadashi Maeda pada hari terakhir lawatan beliau ke Kyoto Jepun pada 8 September ini.

Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan berkata pertemuan itu dijangka berkisar tentang cadangan terbitan kali kedua Bon Samurai buat Malaysia.

“Tun Mahathir dijangka bertemu Gabenor JBIC Tadashi Maeda pada 8 September ini. Permohonan pertemuan itu dibuat oleh pihak Jepun melalui Kedutaan Jepun di Malaysia bagi Maeda bertemu dengan Dr Mahathir.

“Ia bagi menerangkan perincian latar belakang cadangan terbitan Bon Samurai kedua,” kata Kennedy pada sidang media bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kyoto bermula 6 hingga 8 September.

Dr Mahathir pada Ogos lalu memberikan bayangan kemungkinan terbitan kedua Bon Samurai susulan penawaran Bon Samurai pertama dengan kadar faedah rendah 0.65 peratus.

Februari lalu Malaysia menerbitkan Bon Samurai bernilai 200 bilion Yen bersamaan RM7.34 bilion untuk tempoh matang 10 tahun bertujuan mengantikan hutang luar Malaysia dengan nilai faedah yang jauh lebih tinggi.

Sementara itu, dalam lawatan kerja kali keenam ini, Dr Mahathir dijangka menerima penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan dari Presiden Doshisha University Takashi Matsuoka, atas sumbangan beliau dalam bidang ke kepimpinan, hubungan bersama Jepun.

Beliau akan menjadi individu ke- 68 menerima anugerah tersebut selepas Pengasas Matsushita (kini Panasonic) Konosuke Matsushita dan pemenang Nobel Prize, Prof Joseph Stiglitz.

Selain itu lawatan kali ini akan menumpukan kepada pembelajaran teknologi dari Jepun dengan lawatan ke beberapa buah kilang berteknologi tinggi.

Antaranya TOWA Corporation, sebuah syarikat yang menghasilkan teknologi semikonduktor yang juga mempunyai cawangan di Batu Kawan Pulau Pinang sebelum beliau melawat Shimadzu Corporation, sebuah syarikat yang menghasilkan peralatan analitikal dan perubatan.

Dr Mahathir juga dijangka melakukan lawatan ke Ritsumeikan Elementary School bagi melihat cara pembelajaran sekolah berkenaan yang mengabungkan sistem tradisional dan teknologi.

Lawatan tersebut akan diakhiri pertemuan Dr Mahathir bersama diaspora Malaysia di Hotel Four Season Kyoto bagi menerangkan perkembangan semasa ekonomi negara.

Dr Mahathir dijangka tiba di Kyoto malam Rabu selepas mengakhiri lawatan kerja di Vladivostok, Rusia.





Source link

Related Posts