Uncategorized

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 1


Baru-baru ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Invest. Ianya merupakan aplikasi untuk memudahkan para pencarum KWSP untuk melabur sebahagian lebihan akaun 1 ke dalam unit saham amanah (unit trust) secara Do-It-Yourself (DIY).

Nak tahu lebih lanjut mengenainya boleh rujuk i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Yang Lebih Rendah.

Bagi mereka yang berminat untuk beli sendiri dana-dana yang ada, pastikan semak dulu prestasi dana yang terkini. Takkan nak beli dana yang tengah rugi banyak pula kan?

Tapi perlu diingat, prestasi terdahulu tidak menggambarkan prestasi yang akan datang. Tapi sekurang-kurangnya bila kita beli dana yang tengah perform, kita boleh tahu ianya diuruskan oleh syarikat dan pengurus dana yang berpengalaman dan berwibawa.

Jom kita tengok cara nak semak prestasi dana menggunakan i-Invest KWSP ni.

1. Layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login dan log masuk ke dalam i-Akaun

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 2

Bagi yang belum ada i-Akaun tu, boleh rujuk Panduan Ringkas Pengaktifan i-Akaun (Ahli).

2. Bila dah berjaya login, klik Pelaburan

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 3

3. Anda kini boleh lihat senarai pelaburan yang anda miliki menggunakan KWSP

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 4

Klik Analisis Dana – Pusat Carta di bahagian atas.

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 5

4. Klik Cari Semula

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 6

5. Klik Jana Jadual

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 7

6. Dana akan disusun mengikut A-Z

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 8

Kalau nak sort berdasarkan prestasi, boleh pilih samada nak tengok prestasi 1-tahun, 3-tahun, 5-tahun, 7-tahun atau 10-tahun.

Dah tengok prestasi dana, baru boleh buat pemilihan nak beli dana yang mana. Tapi perlu diingat lagi sekali, prestasi terdahulu tidak menggambarkan prestasi yang akan datang.

Kalau nak tengok hanya dana-dana yang patuh Syariah, boleh pilih nak tengok dana Syariah saja. Atau kalau nak tengok dana-dana yang melabur dalam kategori berbeza seperti ekuiti, bon, pasaran wang, harta dan sebagainya pun boleh pilih. Nak pilih dana yang invest kat Malaysia saja atau luar negara pun kita boleh pilih nak yang mana.

Sekarang kuasa dah ada di tangan kita, semoga kita semua menjadi pelabur yang semakin bijak.

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 9

Tutorial Bergambar Cara Nak Semak Prestasi Dana Guna i-Invest KWSP 10

Komen

komen





Source link