Uncategorized

TV LCD Anda Pun Perlu Dicuci. Ini Sebabnya

TV LCD Anda Pun Perlu Dicuci. Ini Sebabnya 1


Nak tanya, bila kali terakhir anda bersihkan TV LCD dan bagaimana? Mesti ada yang tak pernah langsungkan? kalau ada pun hanya lap guna kain. Tahukah anda, TV LCD merupakan antara perkakas elektrik yang sensitif dan memerlukan penjagaan khas. Silap gosok, bukan sekadar skrinnya mudah tercalar malah boleh merosakkan pixels (Bintik halus yang menghasilkan gambar pada setiap skrin tv)

Peringkat asa, pastikan TV LCD tidak dilekattan diruang yang menjadi tempat permainan anak-anak. Lebih mudah nak cakap, jangan mudah dicapai atau disentuh oleh kanak-kanak. Walaupun dengan sentuhan jari, permukaan skrin LCD anda mudah rosak. Selain dari itu, pastikan setiap minggu lakukan pembersihan habuk pada keseluruhan terutamanya permukaan skrin TV dengan menggunkan kain lembut atau Mikrofiber. Lakukan secara perlahan-lahan tanpa sebarang tekanan atau gosokkan.

GARISPANDUAN MENCUCI SKRIN TV LCD
1. Pastikan suis telah ditutup sebelum melakukan pembersihan. Ia bagi mengelak terkena renjatan ketika anda mencuci

2. Semak pada buku panduan yang dibekalkan ketika membeli TV cara untuk mencuci. Ada sesetengah pengilang menyarankan anda untuk menggunkan pencuci khas untuk komputer atau barang elektronik. Jika tidak mengikut manual yang telah diberikan, warenti kedai akan terbatal

3. Gunakan kain mikrofiber yang lembut dan berkualiti tinggi. Bersihkan habuk pada keseluruhan TV dengan menggunakan kain mikrofiber kering terlebih dahulu. Kebiasaanya, teknik ini sudah memadai untuk menyingkirkan semua habuk yang melekat pada TV.

4. Namun, jika masih ada kotoran, basahkan kain mikrofiber tadi dengan air tanpa klorin. Lap bahagian kotoran degil tadi dari bahagian atas skrin hingga ke bawah secara menegak dan berterusan. Pastikan tekanan yang diberikan perlahan dan keringkan air yang tersisa sepenuhnya.

5. Jika Masih ada kesan kotoran yang melekat, sediakan solusi 1 bahagian air bersama 1 bahagian cuka. Basahkan sedikit kain mikrofiber dan lapkan dari bahagian atas skrin tv ke bawah secara menegak dan berterusan. Lakukan beberapa kali

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN
1. Jangan guna bahan pencuci yang mengandungi alkohol dan amonia. Bahan ini akan menyingkir atau mengikis lapisan perlindungan permukaan skrin dan menyebabkan paparan gambar berwarna pudar

2. Jangan semburkan sebarang cecair pada tv. Air yang disembur akan meleleh dan memasuki bingkai skrin. Ia akan menyebabkan kerosakkan kekal

3. Jangan sesekali guna tuala tisu, span, atau kain keras kerana ia boleh mencalarkan permukaan skrin



Source link