Artikel Terkini

U15 Shah Alam – Berbaloi ke beli hartanah dekat sini?


Dalam setiap masalah yang berlaku, pasti akan terbit peluang yang ada. 

Dalam konteks ayat atas tadi, Tok maksudkan secara langsung kepada pembeli rumah yang dah cukup bersedia. 

Bank dah mula turunkan kadar faedah untuk pinjaman rumah. Apa lagi yang korang tunggu? Ini masa terbaik untuk korang beli rumah. 

Hari ini, Tok akan analisa satu kawasan yang famous dengan projek townhouse dan ketenangan (sebab terletak agak jauh dengan hiruk -pikuk suasana bandar). 

Nak tahu lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian Tok ini tanpa was-was. 

“Ini tempat ‘jin bertendang’” – Betul ke, bohong?

Kawasan yang Tok maksudkan adalah Seksyen U15 Shah Alam. Pasti ramai antara korang yang kenal kawasan ni. 

Berjiran dengan Denai Alam, Saujana Utama, Puncak Alam, Petaling Jaya dan Kota Damansara, juga mempunyai akses mudah ke Subang serta Bandar Sunway.

Hanya terletak 30 minit ke Shah Alam, mudah untuk penduduk di U15, Shah Alam nak ke mana-mana.

U15 Shah Alam juga menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang lengkap seperti masjid, sekolah, universiti, balai polis, lebuhraya, dan macam-macam lagi. 

Semua kemudahan ini boleh diakses dengan mudah dalam masa kurang 10 minit saja. 

Buat yang kata tempat ni ‘kawasan jin bertendang,’ nanti dulu.

Tok akan kongsikan satu info yang buatkan korang tarik balik sangkaan tu. 

Nak ke mana? Semuanya mudah dari sini!

Lebuhraya DASH yang bakal siap pada tahun ini. Sumber gambar – www.calendata.com

U15 Shah Alam sesuai untuk korang yang bekerja di kawasan berikut: 

  • Shah Alam, 
  • Glenmarie,
  • Petaling Jaya,
  • Subang Jaya,
  • Puncak Alam, 
  • Saujana Utama, 
  • Rawang, dan
  • Sungai Buloh. 

Serius mudah untuk ke kawasan yang Tok sebutkan ini, sebab korang ada akses mudah melalui lebuhraya berikut: 

  • Lebuhraya Guthrie, 
  • Lebuhraya Damansara-Puchong, 
  • Lebuhraya Penchala Link, dan juga 
  • Lebuhraya SPRINT. 

Nak info lagi padu? 

Pasti korang pernah dengar Lebuhraya DASH, kan?

Projek mega yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ini bakal siap tahun ini (tahun 2020) tau. 

Damansara – Shah Alam Elevated Expressway (atau nama famous-nya, Lebuhraya DASH) memberikan hubungan lebuhraya dan pergerakan (mobility) yang lebih mantap, serta bakal meningkatkan kapasiti jalan raya ke tahap optimum. 

Dengan lebuhraya sepanjang 20.1KM lengkap dengan 13 simpang pertukaran (interchanges), memberikan alternatif padu di kawasan yang terkenal dengan traffic jam (kesesakan lalulintas). 

13 simpang pertukaran (interchanges) tu, termasuk: 

  • Puncak Perdana, 
  • Alam Suria, 
  • Denai Alam, 
  • Kampung Melayu Subang, 
  • Pinggiran Subang, 
  • Subang 2, 
  • Lapangan Terbang Subang, 
  • RRIM, 
  • Surian, 
  • Seksyen 5, Kota Damansara, 
  • Sunway Damansara, 
  • Damanasara Perdana, dan
  • Penchala. 

Tak cukup dengan itu, korang juga ada akses mudah dari (atau ke): 

  • Persiaran Mokhtar Dahari, 
  • Lebuhraya Guthrie, 
  • Jalan Sungai Buloh, 
  • Jalan Lapangan Terbang, 
  • Persiaran Surian, 
  • NKVE (New Klang Valley Expressway), 
  • LDP (Lebuhraya Damansara Puchong), dan juga 
  • Penchala Link. 

Dengan Lebuhraya DASH ini, maka lengkaplah yang dikatakan Klang Valley Ring of Highways, yang terdiri daripada: 

  • Penchala Link, 
  • Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE), 
  • Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang (SUKE), 
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS), 
  • Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA), 
  • Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway),
  • NKVE (North-Klang Valley Expressway), dan 
  • Lebuhraya Guthrie (GCE). 

Dan ini ayat yang pasti korang suka dengar: 

“Jangka masa perjalanan daripada poin permulaan (starting point) di Puncak Perdana dan poin penamat (end point) di Penchala Link melalui DASH, hanya 15 minit saja!”

Bayangkan, korang ada akses ke semua persimpangan ini dengan mudah dari sini menerusi Lebuhraya DASH.

Senang korang nak ke Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, hingga ke Mont Kiara. 

Memang sesuai dengan tagline (slogan) Lebuhraya DASH iaitu: 

“Dashing through cities (bergegas ke bandar).”

Apa hospital dan klinik terdekat dengan U15 Shah Alam ni? 

ColumbiaAsia Hospital, Klang. Sumber gambar – columbiaasia.com

Pendek kata, macam-macam kemudahan yang dah tersedia dekat sini. 

Tok mulakan dengan pusat perubatan dulu.

Bagi Tok, akses yang dekat dengan pusat perubatan adalah salah satu faktor utama dalam sebelum buat keputusan membeli hartanah. 

Bukan apa. Senang kalau ada kemudahan ini kalau ada antara ahli keluarga korang jatuh sakit dan perlukan rawatan perubatan. Tak gitu? 

Di U15 Shah Alam, korang ada akses dekat ke pusat perubatan berikut. Tok sediakan dalam bentuk poin untuk memudahkan bacaan korang: 

  • Columbia Asia Hospital Bukit Raja (12KM), 
  • Hospital Besar Shah Alam (20KM), 
  • Salam Shah Alam Specialist Hospital (21KM), 
  • Avisena Specialist Hospital (21KM), 
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (24KM), 
  • Columbia Asia Extended Care Hospital (25KM), dan 
  • Hospital Besar Kuala Lumpur (36KM). 

Selain daripada hospital, antara klinik yang terdekat dengan kawasan ini seperti: 

  • Klinik Medivron Denai Alam (15.1KM), 
  • Klinik Medivron Setia Taipan (18.1KM), 
  • Klinik Bungaraya (15.1KM), 
  • Klinik Sri Jaya (16.9KM), dan 
  • Poliklinik Mediprima @ Denai Alam (15.6KM). 

Senang tak nak ke pusat membeli-belah? 

Setia City Mall. Sumber gambar – genera45.com

Tok faham. Keperluan untuk restock (isi semula) bekalan makanan dan lain-lain keperluan juga, perlu kita ambil kira sebelum buat keputusan membeli hartanah di sesebuah kawasan. 

Atas sebab ni, Tok juga sediakan beberapa tempat penting untuk memudahkan korang. 

Berikut antara pusat membeli-belah dan tempat membeli barangan dapur yang korang boleh pergi: 

  • Econsave Setia Taipan (6.2KM), 
  • Setia City Mall (9KM), 
  • Econsave Alam Jaya (9KM), 
  • Giant Hyper Market Klang Sentral (10KM), 
  • TESCO Setia Alam 2 (11KM), 
  • TESCO Puncak Alam (12KM), 
  • Jaya Grocer Plaza Jelutong (12KM), 
  • Giant Hyper Market Shah Alam (16KM), 
  • AEON Mall Shah Alam (17KM), dan
  • AEON Mall Bukit Raja (18KM). 

Nah, semua tempat ni dekat belaka untuk korang restock segala keperluan harian untuk kegunaan isi rumah. 

Tadika, sekolah, universiti, dekat tak dengan U15 Shah Alam? 

UiTM Kampus Puncak Alam. Sumber gambar – mizaritory.blogspot.com

Jawapan ringkas Tok adalah: 

Of course ada!” 

Berikut antara senarai sekolah dan juga pusat pendidikan yang terdekat dengan U15 Shah Alam: 

  • Sekolah Kebangsaan Meru 2 (4KM), 
  • Brainy Bunch (4KM), 
  • UiTM Kampus Puncak Alam (9KM),
  • Real School Kampus Shah Alam (10KM),
  • SMK Puncak Alam (12KM),
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Subang (12KM), 
  • The Sunnah School (12KM), 
  • Tenby School Setia Eco Park (14KM), dan 
  • HELP International School (18KM). 

Kemudahan ini melengkapkan lagi asbab kawasan ini sebagai kawasan yang sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. Senang nak hantar anak korang ke tadika dan sekolah berdekatan. 

P/S: Kesemua jarak untuk tempat di atas adalah berdasarkan kiraan Google Maps. 

“Jadi, berbaloi ke beli rumah dekat sini Tok?” 

Pada pandangan personal Tok, U15 Shah Alam ni sesuai untuk pelbagai jenis golongan, tak kira korang yang masih single (bujang) atau yang sudah mendirikan rumah tangga. 

Lagipun, harga rumah di sini masih lagi di paras mampu-milik untuk kebanyakan marhaen. 

Kawasan ni masih lagi dalam fasa membangun dan perjalanan mencapai tahap matang, masih lagi jauh. Jadi, korang boleh jangkakan pembangunan yang lebih pesat pada masa akan datang. 

Antara faktor utama yang menjadikan hartanah di sini berbaloi dibeli adalah sambungan lebuhraya yang cukup mantap. 

Dengan DASH menjadi faktor terulung yang menghubungkan ke pelbagai kawasan ‘hot,’ masa dan jarak perjalanan korang dapat dipendekkan dengan begitu drastik. Korang tunggu saja bila lebuhraya ni siap nanti. 

Rebut peluang belajar dengan Faizul Ridzuan (bernilai RM599) secara PERCUMA! 

Tok nak kongsikan peluang belajar dengan Tuan Faizul Ridzuan, CEO FAR Capital dan juga Gila Hartanah kepada korang. 

Korang boleh belajar ilmu hartanah secara dalam talian (online) saja. Fuh, duduk rumah pun, dapat belajar ilmu padu. PERCUMA pulak tu!

TIm Gila Hartanah sentiasa pentingkan keselamatan dan kesihatan kalian semua. Jadi, ini yang kami mampu kami lakukan waktu PKP ini, khas untuk korang yang serius nak belajar. 

Mohon daftar laju-laju sebab peluang ini adalah sangat terhad. Peluang ini hanya terbuka kepada 99 orang yang mendaftar dengan pantas! 

KLIK GAMBAR DI BAWAH DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG



Source link