Artikel Terkini

Unjuran KDNK suku pertama 2020 diumum pada Rabu



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2020 pada Rabu.

Angka ini akan mengambil kira sekitar dua minggu negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada akhir Mac 2020.

BNM pada awal April mengunjurkan ekonomi Malaysia akan tumbuh antara negatif 2.0 peratus dan positif 0.5 peratus.

Pertumbuhan negara pada 2020 dijangka dipengaruhi permintaan global yang lemah, gangguan kepada rantaian bekalan dan langkah pengawalan COVID-19 di dalam dan luar negara.

BNM juga menjangka Pakej Rangsangan Ekonomi dan Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini akan menambah 2.8 peratus kepada pertumbuhan negara pada 2020.

Dalam masa yang sama, beberapa hari lepas, IHS Markit menjangka KDNK Malaysia akan susut kepada kadar tahunan 2.2 peratus bagi suku pertama 2020 berbanding 3.6 peratus pada suku keempat 2019.

BACA: KDNK ASEAN-5 berkembang pada 7.8 peratus, Malaysia pada 9 peratus pada 2021 – IMF

BACA: KDNK -0.1 peratus, isi rumah terkesan – Yusof Saari





Source link

Related Posts