Artikel Terkini

Untung bersih Maxis naik kepada RM355 juta pada suku keempat

81528709273 Maxis - Untung bersih Maxis naik kepada RM355 juta pada suku keempat



81528709281 Maxis - Untung bersih Maxis naik kepada RM355 juta pada suku keempat

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM355 juta bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2019 berbanding RM266 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Ia sebahagian besarnya didorong oleh pertumbuhan pascabayar yang kukuh, purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan pertumbuhan langganan fiber dalam kalangan pengguna dan perusahaan yang konsisten, menurut Maxis dalam kenyataan hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan komunikasi dan Internet itu berkata pendapatannya naik kepada RM2.59 bilion daripada RM2.44 bilion sebelum ini dalam suku tahun sama.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019, keuntungan bersih syarikat itu berjumlah RM1.52 bilion berbanding RM1.78 bilion pada tahun kewangan 2018, manakala pendapatan meningkat kepada RM9.31 bilion daripada RM9.19 bilion sebelum ini.

Disokong oleh aliran tunai operasi bebas yang kukuh, Maxis turut mengumumkan dividen interim keempat bersih 5 sen sesaham menjadikan dividen tahunan kepada 20 sen.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gokhan Ogut berkata Maxis giat mengembangkan operasi perkhidmatan tetapnya dan membina asas pelanggan fiber kediaman yang kukuh, sejajar dengan Pelan Fiber dan Penyambungan Negara kerajaan.

“Sentiasa di barisan hadapan teknologi, kami mempercepatkan 5G dan bersedia untuk digunakan sebaik spektrum disediakan.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan rakan komersial kami, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk merealisasikannya,” katanya.

Mengenai prospek, Maxis berkata walaupun ia mempunyai penglibatan yang aktif dengan SKMM mengenai cadangan konsortium 5G, proses itu dalam peringkat awal.

“Oleh itu, kami tidak mengambil kira ini dalam tahun kewangan 2020 kami pada masa ini. Begitu juga, sebarang impak daripada COVID-19 ke atas prestasi kami yang terlalu awal untuk menentukannya,” katanya.

— BERNAMA





Source link

Related Posts