Artikel Terkini

Usah Keliru! Ini Proses Betul Menentukan “Feature Wall” Di Ruang Kediaman

cover photo 2 01 06 203362 - Usah Keliru! Ini Proses Betul Menentukan "Feature Wall" Di Ruang Kediaman


Dinding tumpuataupun lebih sinonim dengan terma feature wall umumnya merupakan perkara pertama yang kita lihat apabila masuk ke sesuatu ruang dalam kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang dapat membezakannya daripada dinding yang lain. Dinding tumpu merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang mahukan kelainan pada kediaman dengan mewujudkan satu titik fokus yang menarik dan lebih menonjolkan keunikan ruang. Dengan menumpukan perhatian pada dinding tumpu ini, ruang kediaman yang hambar akan serta-merta kelihatan lebih segar dan berwajah baharu.

Tetapi awas, dinding pertama yang anda lihat ketika memasuki ruang tidak semestinya sesuai dijadikan sebagai dinding tumpu. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih dinding yang ingin di highlight kerana jika tersalah pilih, ia hanya akan membuatkan ruangan tampak ganjil dan mengelirukan! Jadi bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan ini, IMPIANA telah sediakan tip dan panduan memilih dinding tumpu yang betul serta cara menghias sesuai mengikut ruangan yang ada.

PERTAMA
Dinding yang bertingkap atau pintu adalah perkara pertama yang patut anda elakkan ketika memilih dinding tumpu. Ia seharusnya menjadi titik fokus ruangan, jadi objek atau bukaan seperti tingkap hanya akan mengambil alih tumpuan pada dinding utama.

KEDUA
Berani bermain dengan warna. Untuk kesan yang lebih dramatik dan mendalam, padankan warna gelap pada dinding tumpu dengan warna yang lebih neutral dan ‘ringan’. Ini akan mewujudkan kontra yang amat menarik. Pasti tetamu tidak akan terlepas pandang pada feature wall yang anda cipta.

feature wall with paint 01 32 533840 - Usah Keliru! Ini Proses Betul Menentukan "Feature Wall" Di Ruang Kediaman

KETIGA
Sebelum memilih warna cat pada dinding tumpu, pastikan anda mengambil kira tentang perabot yang mungkin akan diletakkan dihadapannya. Pilih warna yang akan menonjolkan, bukan menenggelamkan hiasan anda.

KEEMPAT
Susunan perabot yang starategik juga amat penting bagi membantu menonjolkan lagi dinding tumpu yang telah anda pilih. Pencahayaan juga patut dititik beratkan supaya mendapat kesan yang maksima.

e8774383687d701864609ccd8563d357 01 42 665303 - Usah Keliru! Ini Proses Betul Menentukan "Feature Wall" Di Ruang Kediaman

KELIMA
Terdapat juga alternatif lain selain mengecat dinding tumpu. Anda boleh pasangkan wallpaper ataupun binakan rak buku custom bagi menambah nilai estetik pada dinding. Apa saja yang anda rasakan dapat mencuri tumpuan pengunjung boleh digunapakai.

feature wall ideas 4 01 53 519384 - Usah Keliru! Ini Proses Betul Menentukan "Feature Wall" Di Ruang Kediaman

Jangan takut untuk bereksperimentasi, ikuti naluri kreatif anda dan yang paling penting, have fun! Selamat mencuba ya.



Source link