Artikel Terkini

Vans keluar koleksi bersama artis dari Kuala Pilah


SIAPA kata artis Malaysia tak hebat?

Selepas legenda papan selaju, Pa’din Musa, tahun ini jenama kasut Amerika Syarikat, Vans memilih untuk mengeluarkan koleksi penuh (kasut, pakaian dan aksesori) hasil daripada lukisan artis tempatan, Kide Baharudin.

Berasal dari Kuala Pilah, Kide merupakan pemenang pertandingan Vans Asia Custom Culture pada 2017 dan merupakan artis yang dipilih untuk menceriakan acara House of Vans dengan lukisannya.

Koleksi Vans x Kide tersebut adalah refleksi langsung yang berkait rapat dengan cerita orang dahulu mengenai tradisi, budaya dan sejarah tempatan.

“Setiap kali saya mengayuh basikal di kampung saya, saya membayangkan bagaimana keadaannya pada 1950-an, 60-an dan 70-an.”

“Saya merujuk kepada zaman kanak-kanak ibu bapa saya untuk menghasilkan lukisan saya,” jelas Kide.

Baca: Pa’din Musa cipta sejarah

Baca: Peminat Pa’din Musa beratur panjang nak beli kasut edisi khasnya

Selain kasut, lukisan Kide juga dicetak pada baju-T, seluar renang, beg dan topi yang akan mula dijual pada 8 Mei 2020, sehari sebelum ulang tahun ke-30-nya.

Adakah koleksi Kide akan menjadi rebutan seperti koleksi Pa’din Musa nanti? Sama-sama kita nantikan.





Source link