Uncategorized

(VIDEO) 2 Cara Pembiakan Lidah Mak Mertua Yang Paling Mudah Dan menjadi


Lidah mak mertua atau saintifiknya Sanseveria antara indoor plant yang di cadangkan oleh NASA untuk tujuan membersihkan udara di dalam kediaman. Tambahan, tanaman ini sering menjadi pilihan sebagai indoor plant kerana ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan mudah dibiakkan.

Artikel berkaitan: Lidah Mak Mertua “Indoor Plant” Paling Cantik

Tanaman lidah mak mertua ini mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pengambilan anak pokok dari induk atau keratan daun. Berikut 2 cara pembiakkan lidah mak mertua yang menjadi dan mudah

Sepokok Lidah Mak Mertua yang sudah cukup besar dan memerlukan pemindahan ke pasu yang lebih besar. Oleh itu anda boleh mengambil peluang ini dengan membiakkannya dan memecahkan ia kepada dua atau tida bahagian ke dalam pasu lain.

 

Keluarkan ia dari dalam pasu.

Dengan menggunakan pisau, pecahkan ia kepada dua bahagian.

Kemudian pindahkan ia ke dalam pasu yang lain. Bahagian pertama satu pasu manakala bahagian kedua juga dalam pasu yang lain.

Setelah siap masukkan tanah hingga memenuhi pasu tersebut. Kemudian siram. Kini anda telah mempunyai dua pasu pokok spesies yang sama. Anda boleh lakukan teknik ini pada pokok-pokok lain juga.

Komen anda





Source link