Artikel Terkini

(VIDEO 360) Glam Decor Kediaman Aeril dan Wawa


Selain kemas dan tersusun, dekorasi yang ditata hias indah memberi kelebihan kepada pemilik untuk menghidupkan suasana yang diimpikan di dalam kediaman. Seperti yang dilakukan oleh pasangan pelakon popular dan romantis Aeril zafrel dan Wawa zainal.

Selain sibuk dengan jadual pengambaran, mereka juga rancak menguruskan perniagaan kosmetik di bawah jenama Wawa Cosmetics dan makanan kesihatan Soullead yang diusahakan bersama. Hal ini mendorong pasangan ini untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa dan sempurna buat seisi keluarga.

INFO KEDIAMAN
Nama pemilik: Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Jenis kediaman: Superlink 2 tingkat
Konsep: Moden glam

Lantaran, pemilik melantik pereka dalaman yang terkenal dan banyak menghasilkan dekorasi kediaman selebriti Malaysia iaitu Lantera Creative Home yang berpusat di Sri Kembangan. ” Segala idea untuk menghias kediaman ini adalah dari Aeril sendiri,” si manis wawa membuka bicara.

Keseluruhan dekorasi kediaman ini berkonsepkan glam moden. Segalanya berjaya dizahirkan pereka mengikut cita rasa si pemilik.” Inspirasi kepada keseluruhan kediaman ini lebih kepada pemerhatian dan pengalaman pasangan ini sewaktu bekunjung ke negara luar. Sebagai nilai tambah kepada keseluruhan dekoarsi, Wawa turut memberi inspirasi,” jelas menunjukkan pasangan ini mempunyai kehendak yang jelas.

Rumah yang dikunjung IMPIANA belum sampai setahun disempurnakan saat penulis berkunjung. Masih terdapat banyak ruang lagi terutamanya di bahagian atas yang perlu di persiapkan. Namun, Dari ruang tamu jelas memperlihatkan pemilik mempunyai cita rasa yang tinggi. Rona earthy mendominasi dekorasi kediaman ini . Secara tidak langsung ia membangkitkan lagi perincian glam yang cuba ditonjolkan.

Untuk lebih detail dekorasi kediaman Wawa dab Aeril, jom tengok video 360 yang disediakan 

Seperti di ruang tamu utama. Pemilihan sofa chasterfield rona kelabu di seimbangkan bersama wing chair biru memberi keselesaan kepada pemilik dan tetamu yang hadir. Bagi mengelak padanan rona fabrik yang mendatar, hamparan permaidani dengan percikkan rona terang membuatkan keseluruhan dekorasi tampil sempurna. Memperincikan lagi gaya glam di ruang tamu ini, sudah pasti pemilihan candelier dengan gaya klasik memberi pencahayaan di ruang ini.

Tidak cukup sekadar itu, tidak lengkap sesebuah dekorasi gaya glam moden ini tanpa penggunaan rona emas pada perincian aksesorinya. Paling bijak, pereka menggunakan stool sebagai tempat duduk tambahan. Ia menjadikan ruang tamu ini tidak terkepung dan stool yang tersedia turut dijadikan sebagai meja.

Bertentangan dengan ruang tamu utama adalah sebuah lagi ruang tamu yang bersifat lebih santai dan bersahaja. Tidak terlalu perinci, ia menjadi ruang buat melayan tetamu dalam keadaan santai dan bersahaja. Masih menggunakan padanan candelier bagi membangkit gaya glam. Namun, rekaannya lebih moden dan ringkas. “Ilham meletakkan pendiang api tiruan ini dilihat ketika berkunjung disalah sebuah negara. Tambahan penggunaanya menjadikan ruang ini kelihatan lebih santai dan berasa seakan berada diluar negara,” tambah Aeril

Bahagian tengah kediaman menjadi transaksi antara ruang tamu menuju ke tempat makan dan tangga membawa ke bahagian atas tingkat. Tiada sebarang penggunaan perabot yang mendominasi ruang ini. Ia bagi memudahkan pergerakkan, tambahan memberi peluang kepada si cilik pemilik untuk melakukan sebarang aktiviti diruang yang terbuka. Cukup sekadar padanan gubahan meja dan gubahan orkid agar ia tidak kelihatan bosan.

Menuju ke ruang makan, masih mengekalkan konsep yang sama iaitu glam moden. Ia menjadi ruang santapan apabila menerima kunjungan. Buat mereka seisi kelaurga, cukuplah sekadar counter island yang terdapat di dapur. Pembahagi ruang digunakan menghalang pemandangan terus ke bilik berhampiran. Secara tidak langsung, ia menjadi feature wall apabila padanan lukisan artistik di sematkan pada pembahagi ruang tersebut.

Penambahan gaya glam bukan sahaja pada aksesori seperti candelier semata, penggunaan cermin pada salah satu dinding yang polos secara tidak langsung ia memberi pencahayaan tambahan dan memberi impak ruang makan ini kelihaatn lebih luas.

Walaupun pasangan romantis Aeril dan Wawa bakal menimang cahaya mata ke tiga, si cilik yang sedang aktif berjaya dididik untuk memastikan kediaman ini sentiasa dalam keadaan tersusun dan kemas. Paling penting, sediakan ruang khas untuk mereka melakukan sebarang aktiviti dan asingkan penggunaan setiap ruang.



Source link