Artikel Terkini

(VIDEO) Cara Pendekkan Langsir Tanpa Perlu Potong Dan Jahit, Hanya Guna Satu Bahan Ini


Langsir merupakan salah satu aksesori wajib ada bagi melengkapi sesebuah ruang. Bergantung pada konsep yang ingin diterapkan, terdapat pelbagai gaya langsir yang boleh pemilik jadikan pilihan.
Selain gaya dan jenis material, saiz serta kepanjangan langsir juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesempurnaan ruang. Langsir yang pendek atau terlalu panjang mungkin akan membuatkan ruang tampak pelik dan tidak seimbang.

Jika anda membeli langsir pasang siap, masalah sebegini memang tidak dapat dielekkan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengukur dengan tepat saiz tingkap dan langsir yang diperlukan. Bila langsir panjang menyapu lantai, leceh apabila kena potong dan jahit semula.

Dalam perkongsian kali ini, Annur Azimah ada tunjukkan cara paling mudah dan cepat untuk pendekkan langsir yang terlebih panjang. Dengan kos hanya RM5.90, langsir yang dibelinya berjaya diselamatkan tanpa perlu dipotong! Mari kita ikuti sharing ni.

Hai semua, Jimah nak share dgn korang, macam mana jimah handle masalah langsir terlebih panjang yg buat langsir rumah kita nampak semak dan tak kemas.

Jimah guna produk dari Daiso. sangat membantu jimah yang jenis malas nak hantar jahit. Iron je, dah siap. Jimat masa dan wang!

Sebelum beli produk ni. jimah ada study sikit. Double sided ni tahan walaupon kita basuh langsir ni. Jimah tak try lagi tapi takpe nnti kita cuba. Kalau tercabut mungkin jimah kene hantar jahit jugak lahh nampaknya

Jadi siapa yang ada masalah macam jimah. Korang boleh la cuba.



Source link