Artikel Terkini

Video “mak cik itu anak mak cik” undang sebak netizen



HATI ibu bapa mana yang tidak hiba apabila lama tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan pada 18 Mac lalu, pergerakan rakyat Malaysia agak terbatas lebih-lebih lagi tidak boleh merentas negeri.

Tular di media sosial sebuah video seorang polis pelatih yang membuat kejutan kepada ibunya semasa meniaga dengan menyamar sebagai pelanggan.

Ibunya hanya tersedar apabila rakannya yang merakam video terbabit memberitahu bahawa itu adalah anaknya.

“Mak cik itu anak mak cik” kata rakannya, semasa sedang merakam video itu.

Melalui satu pautan di laman Facebook Friends of PDRM, polis pelatih itu dipercayai telah terpisah dengan keluarganya selama sembilan bulan.

Video tersebut mengundang sebak netizen, yang rata-rata dapat merasai kesedihan rindu yang telah tersimpan lama.

Ini antara respon netizen di media sosial selepas menonton video itu.

Kepada anda yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada. #KitaJagaKita





Source link