Artikel Terkini

{VIDEO} Rahsia Pilih Lampu Nampak WOW!


Masih ramai yang kat luar sana yang keliru bila nak pilih warna lampu dalam kediaman masing-masing. Sebab korang ingat lampu semuanya berwarna putih dan terang sahaja. Sebenarnya silap!

3 JENIS LAMPU YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MENENTUKAN YANG TEPAT UNTUK RUMAH ANDA.

  1. Warm White
  2. Cool White
  3. Daylight

 

Apa pula fungsi lampu berikut mengikut ruang? Pastinya korang perlu ambil tahu.

Warm White: warna yang agak kekuningan ini sesuai untuk ruang laluan, porch, anjung, patio dan sudut dalam kediaman. Ia akan memberi rasa tenang dan romantik dengan semulajadi.

 

Cool White: Biasan warna cahaya yang lebih terang dan jelas daripada warm white ia lebih sesuai dipasang dan digayakan dalam ruang tamu yang inginkan susana lebih formal tetapi agak santai dalam masa yang sama, ia juga sesuai bagi pengemar yang kurang akan cahaya yang terlalu terang dalam sesebuah ruang dalam rumah.

 

Daylight: Pemilihan lampu jenis ini sesuai untuk ruang makan atau dapur dan kerja yang inginkan cahaya yang terang untuk fokus pada kerja yang sedang dilakukan. Tetapi ada juga pemilik yang gemarkan lampu jenis ini dipasang pada ruang peribadi mereka. Ini terpulang pada kegunaan dan keselesaan pemilik kediaman.

 



Source link