Uncategorized

Wah! Ini Dia Pengasas Bank Termuda Di Dunia Berusia 7 Tahun

Wah! Ini Dia Pengasas Bank Termuda Di Dunia Berusia 7 Tahun 1


Percaya tak, pengasas bank termuda di dunia adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun? Apa? Macam tak percaya bukan? Tetapi inilah realitinya.

Seorang kanak-kanak dari Peru yang bernama Jose Adolfo Quisocala telah membuka institusi kewangannya sendiri seawal usia 7 tahun!

Macam mana agaknya anak semuda itu mendapat idea untuk menubuhkan bank ye?

Menurut Jose, dia mendapati kebanyakkan rakan seusianya banyak menghabiskan belanja untuk membeli jajan dan juga barang permainan. Iyelah, nak namanya pun budak-budak. Jadi dia berfikir, kan bagus kalau duit yang dibelanjakan itu disimpan untuk keperluan masa hadapan.

Jadi muncullah idea untuk menubuhkan Banco del Estudiante Bartselana, iaitu sebuah bank khusus untuk kanak-kanak. Ideanya cukup mudah, kanak-kanak yang ingin menjadi pelanggan bank tersebut hanya perlu membawa 5 kilogram barang yang boleh dikitar semula seperti, surat khabar, botol plastik, tin minuman dan sebagainya.

Kemudian mereka akan menjual barangan tersebut kepada syarikat kitar semula. Hasil jualan itu akan di kreditkan ke dalam akaun pelanggan. Pada setiap bulan pula, pelanggan cilik ini dimestikan untuk mendepositkan sekurang-kurangnya 1 kilogram barangan buangan untuk mengekalkan keahlian mereka.

Simple bukan? Sambil menabung, sambil menjaga alam sekitar. Lebih menarik lagi, kanak-kanak ini berkuasa penuh ke atas akaun milik mereka. Maksudnya hanya mereka sahaja yang berhak untuk melakukan sebarang pengeluaran tanpa campur tangan ibu bapa.

Dan, mereka hanya boleh boleh mengeluarkan simpanan tersebut setelah cukup target simpanan seperti yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, sewaktu Jose menyuarakan proposal ini kepada gurunya, beliau tidak begitu bersetuju kerana kurang yakin kanak-kanak semuda Jose ini mampu menjalankan projek tersebut. Mujurlah Jose mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolahnya.

Pada peringkat awal penubuhan bank ini, mereka telah berjaya mengumpul sebanyak 1 tan bahan kitar semula serta membantu menjana simpanan untuk 200 orang pelajar di sekolahnya. Kejayaannya ini telah membuka mata banyak pihak sehinggakan Jose bekerjasama dengan salah sebuah bank terbesar di negaranya.

Tetapi usahasama ini tidak bertahan lama apabila Jose memilih untuk bergerak sendirian. Ini kerana pada pendapatnya, bank tersebut tidak memberi banyak faedah kepada pelanggan ciliknya.

Tengok? Siap fikirkan kepentingan pelanggan lagi. Usaha yang dilakukan untuk mendidik kanak-kanak tentang kewangan dan juga kepentingan menjaga alam sekitar telah membolehkan Jose menerima pelbagai anugerah dari pelbagai pihak termasuklah di peringkat antarabangsa.

Jose membuktikan kepada dunia, usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang itu menjadi berjaya. Semoga idea menarik oleh Jose ini boleh diguna pakai secara meluas diseluruh dunia.

Sumber Rujukan:

  1. http://www.majalahniaga.com/jose-adolfo-quisocala-condori-buka-bank-sendiri-semasa-darjah-1-2.html
  2. https://perureports.com/peru-teenager-wins-international-climate-award/8680/
  3. http://remezcla.com/culture/this-11-year-old-peruvian-created-his-own-bank-now-has-2000-clients/
  4. https://eluxemagazine.com/people/jose-adolfo-quisocala-condori/
  5. https://www.odditycentral.com/news/this-boy-founded-his-own-bank-when-he-was-only-7-years-old.html

Wah! Ini Dia Pengasas Bank Termuda Di Dunia Berusia 7 Tahun 2

Komen

komen





Source link