Uncategorized

Wakil-Wakil National Geographic Society, Campaign For Nature Sertai Negara-Negara Di Kanada Desak Agenda Global Bercita-Cita Tinggi Untuk Alam Semula Jadi

Wakil-Wakil National Geographic Society, Campaign For Nature Sertai Negara-Negara Di Kanada Desak Agenda Global Bercita-Cita Tinggi Untuk Alam Semula Jadi 1


MONTREAL26 April 2019 /PRNewswire/ — Dengan hanya berbaki 18 bulan sebelum pemimpin-pemimpin dunia bertemu di China untuk memuktamadkan satu perjanjian bagi menangani kehilangan biodiversiti, mengurangkan kadar bersejarah kepupusan hidupan liar, mengurangkan impak perubahan iklim serta melindungi kawasan-kawasan liar terakhir di bumi, entiti-entiti kerajaan dan bukan kerajaan daripada lebih dua belas negara bersatu hari ini dan esok di Montreal bagi tujuan mendesak perjanjian global yang bercita-cita tinggi untuk alam semula jadi.

Dianjurkan oleh Kerajaan Kanada, Sidang Kemuncak Pejuang-pejuang Alam Semula Jadi (Nature Champions Summit) akan menyediakan pentas pada Oktober 2020 apabila penggubal-penggubal dasar bertemu di Kunming, China iaitu di Konvensyen mengenai Persidangan Kepelbagaian Biologi Pihak-pihak untuk menetapkan dasar biodiversiti global buat dekad seterusnya. Pertemuan ini berlangsung sehari selepas Agence France-Presse (AFP) melaporkan bahawa kajian definitif tentang keadaan biodiversiti, yang dijangka akan dikeluarkan oleh Platform Dasar-Sains Antara Kerajaan mengenai Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem (IPBES), akan mendapati bahawa kehilangan alam semula jadi dan krisis kepupusan hidupan liar yang berterusan adalah semakin teruk berbanding apa yang diketahui sebelum ini.

“Komuniti saintifik jelas tentang hal berkenaan: negara-negara perlu mempercepatkan langkah dan skala yang digunakan untuk melindungi bumi kita sebelum terlewat,” kata Brian O’Donnell, Pengarah Campaign for Nature yang akan menjadi peserta dalam sidang kemuncak minggu ini. “Hanya dengan melindungi lebih banyak kawasan darat dan perairan, kita dapat melindungi alam semula jadi untuk berbilion-bilion penduduk yang bergantung pada kawasan semula jadi yang sihat dan berfungsi.”

Wakil-wakil kerajaan dari ChileChinaCosta Rica, Jerman, Norway dan United Kingdom, antara lain, akan menyertai kerajaan Kanada minggu ini di Montreal. Sidang kemuncak bertaraf tinggi itu memperlihatkan keterdesakan yang diteruskan semula untuk mewujudkan matlamat-matlamat baharu, berani dan boleh dicapai bagi melindungi lebih banyak kawasan darat dan lautan di seluruh dunia. Sebagaimana yang dibincangkan oleh dermawan Hansjörg Wyss – yang menyatakan komitmen sebanyak $1 bilion terhadap pemuliharaan alam semula jadi – dalam op-ed yang diterbitkan pada hari Isnin dalam Toronto Star, sidang kemuncak ini merupakan peluang penting untuk negara-negara mula mengutarakan strategi-strategi khusus bagi melindungi hidupan di Bumi.

Acara ini akan menumpu khususnya pada dua aspek yang penting untuk kejayaan mana-mana agenda global bercita-cita tinggi untuk alam semula jadi: membiayai usaha perlindungan dan pemuliharaan yang diterajui oleh penduduk pribumi.

Memulihara dengan berkesan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kawasan darat dan lautan di bumi akan memerlukan komuniti global untuk mendedikasikan sumber-sumber yang diperlukan bagi mengurus taman, kawasan perlindungan marin, kawasan perlindungan hidupan liar dan kawasan terpelihara yang lain. Sumber-sumber diperlukan bagi tujuan perancangan, pemantauan, penafsiran dan rondaan kawasan-kawasan yang dilindungi dan dipelihara.

Aspek tumpuan kedua minggu ini ialah kepentingan mengutamakan usaha pemuliharaan yang diterajui oleh orang asli. Meskipun masyarakat orang asli mewakili kurang 5 peratus daripada penduduk dunia, mereka mengurus atau memperoleh penguasaan tanah sebanyak lebih 25 peratus daripada kawasan darat bumi yang meliputi 80 peratus daripada kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liarnya. Hanya dengan menghargai kedaulatan dan memperkasakan masyarakat pribumi untuk melindungi tanah dan perairan tradisional mereka, negara-negara akan berhasil melindungi alam semula jadi pada skala yang diperlukan untuk melindungi hidupan liar dan kawasan liar.

Bagi membendung arus kehilangan alam semula jadi, gabungan yang semakin berkembang antara saintis, kumpulan pribumi, pemimpin kerajaan, kumpulan alam sekitar, pemimpin perniagaan dan dermawan, bersatu ke arah matlamat untuk melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada bumi menjelang tahun 2030. Baru minggu lalu, lebih 75 kumpulan di serata dunia menyokong matlamat tersebut dan 19 saintis yang terkemuka di dunia menerbitkan kajian dalam Science Advances untuk membawakan kes yang dipacu data dan disokong oleh sains bagi melindungi lebih banyak kawasan di bumi.

“Sains memberi petunjuk jelas: kita perlu melindungi 30 peratus daripada bumi dalam dekad seterusnya,” kata Dr. Enric Sala, penjelajah-bersama-organisasi National Geographic dan salah seorang penulis kajian yang juga akan mengambil bahagian dalam pertemuan minggu ini. “Apa yang kita perlukan sekarang ialah kepimpinan politik untuk menyelamatkan dunia semula jadi yang memberikan kita oksigen untuk bernafas, makanan untuk kita makan dan air bersih yang menjadi minuman kita.”

Para saintis menunjukkan bahawa keadaan alam semula jadi masa kini menakutkan. Bumi kita kehilangan hidupan liar 1,000 kali lebih pantas berbanding pada ketika lain dalam sejarah manusia – dan masalah ini menjadi semakin teruk, bukan semakin baik. Sebilangan besar spesies telahpun menuju kepupusan, termasuk 14 peratus burung, 25 peratus mamalia dan 40 peratus amfibia.

Komuniti-komuniti dapat melihat akibat-akibat jelas lantaran kehilangan alam semula jadi yang pantas berlaku. Pencemaran, penangkapan ikan secara berlebihan dan spesies-spesies invasif mengancam mata pencarian orang ramai; pemusnahan hutan dan hutan bakau memburukkan kualiti udara setempat dan mengakibatkan orang ramai lebih terdedah kepada ribut taufan, banjir dan bencana alam yang lain; kehilangan pendebunga memaksa segelintir komuniti untuk membayar bagi mendebungakan tumbuh-tumbuhan mereka secara manual. Sebaliknya, kanak-kanak yang menetap berdekatan dengan kawasan-kawasan yang dilindungi memperoleh tahap kesihatan dan hasil ekonomi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak berada berdekatan dengan kawasan berkenaan.

Seperti mana yang disebutkan oleh Hansjörg Wyss dalam op-ed minggu ini:

“Kita semua diperlukan — merentas sempadan, merentas generasi dan merentas budaya — untuk berganding bahu bagi melindungi alam semula jadi kita… Sidang Kemuncak Pejuang-pejuang Alam Semula Jadi minggu [ini] menawarkan peluang luar biasa untuk merangka laluan bercita-cita tinggi yang dikongsi bersama bagi melindungi alam semula jadi buat semua hidupan.”

Sumber: National Geographic Society

Pautan Berkaitan:

Wakil-Wakil National Geographic Society, Campaign For Nature Sertai Negara-Negara Di Kanada Desak Agenda Global Bercita-Cita Tinggi Untuk Alam Semula Jadi 2

Komen

komen





Source link