Artikel Terkini

Wikipedia, Peneraju Ensiklopedia Paling Popular Di Era Moden


Sebut sahaja Wikipedia, ramai di antara pengguna internet yang menjadi pembaca setia laman tersebut. Bagi penuntut universiti, Wikipedia merupakan nadi utama ramai orang di dalam membuat rujukan. Malah kita yang dah bekerja pun sering menjadikannya tempat rujukan.

Sebelum lahirnya Wikipedia ini, encyclopedia yang paling popular yang menjadi rujukan utama adalah Encyclopedia Britannica. Selepas kehadiran Wikipedia di dalam dunia internet, ia menjadikan Encyclopedia Britannica hilang ditelan zaaman setelah dua abad.

Siapakah insan yang bertanggungjawab dalam membangunkan laman web Wikipedia ini?

Orang tersebut adalah Jimmy Wales. Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Alabama di dalam bidang ekonomi dan telah belajar membuat pengaturcaraan (coding) komputer pada era 1980-an untuk mengisi masa lapang.

Pada era 1990-an, beliau merupakan seorang options trader di Chicago Stock Exchange. Beliau yang menyedari bahawa internet bakal menjadi “the next big thing” pada masa akan datang setelah melihat kejayaan Netscape Navigator yang berjaya mendapat suntikan modal pelaburan sebanyak $2 bilion dalam masa satu hari.

Jimmy bersama dengan sahabatnya, Larry Sanger telah menubuhkan Wikipedia pada tahun 2001 ketika krisis bubble dotcom. Tujuan utamanya adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan pengguna internet secara percuma.

Dari tahun ke tahun, laman ini mendapat tempat di hati pengguna internet yang rata-ratanya yang berminat untuk mendapatkan ilmu secara percuma.

Dengan kepopoularan Wikipedia yang disenaraikan sebagai sebuah laman web yang paling kerap dilewati di dunia hanya di belakang Facebook, Google, Microsoft dan Yahoo, ia tidak menjadikan Jimmy Wales ini seorang bilionaire.

Jimmy Wales yang dipercayai bernilai hanya $1 juta dan selesa dengan jumlah yang dimilikinya itu. Wikipedia yang sangat popular di kalangan pengguna internet yang memiliki sebanyak 20 billion pageviews setiap tahun yang didatangi dalam 285 bahasa.

Jika Wikipedia melakukan pengiklanan di laman web mereka, jumlah yang mereka perolehi setiap tahun dipercayai dalam lingkungan $5 bilion. Jimmy Wales yang bertegas untuk membuat Wikipedia sebagai bebas daripada pengiklanan kerana percaya memberi ilmu secara percuma kepada pengguna internet adalah lebih penting daripada menjana keuntungan.

Walaupun begitu, laman sesawang ini tidak terlepas daripada kontroversi yang melanda. Di antara kontroversi yang sering melanda adalah Wikipedia dibuka kepada orang ramai untuk menulis artikel yang kadangkala fakta yang ditulis itu tidak selalunya tepat.

Selain itu juga, laman sesawang ini turut berat sebelah (bias)bergantung kepada penulis yang menulis artikel berkenaan.

Walaupun secara umumnya, Wikipedia adalah bersifat neutral dan tidak memihak kepada sesiapa, tetapi penulis cenderung kepada apa yang mereka tulis. Di antara artikel yang sering mengundang kontroversi adalah konflik di antara negara Palestin dan Israel.

Selain daripada itu, terdapat pihak yang mendakwa Wikipedia menipu duit penyumbang. Walaupun ianya percuma, ia bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk terus beroperasi. Jika anda adalah salah seorang pengguna tegar laman ini, anda akan dapati laman ini akan meminta sumbangan daripada orang ramai.

Kini dengan hidup yang sederhana, Jimmy Wales berbangga dengan Wikipedia yang telah membantu berbilion pengguna internet dalam mendapatkan ilmu secara percuma.

Iklan


Iklan



Source link