Artikel Terkini

Wirecard: Skandal Penipuan Gergasi Fintech Terbesar Di Eropah


“Only when the tide goes out do you discover who’s been swimming naked”

Warren Buffett

Itulah kata-kata hikmah yang pernah diungkapkan oleh pelabur lagenda dunia mengenai penipuan yang berlaku di pasaran saham. Kata-kata itu sangat benar dan terbukti setiap kali krisis ekonomi dunia terjadi, pasti akan terserlah syarikat yang menipu para pelabur mereka.

Ketika krisis dot-com bubble dua dekad lalu, kita melihat bagaimana Syarikat Enron yang dikatakan syarikat paling inovatif sebenarnya hanya memanipulasi penyata kewangan syarikat.

Baca: Skandal Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Amerika Syarikat.

Seterusnya, ketika krisis subprime yang berlaku pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, kita boleh melihat bagaimana skim ponzi yang terbesar dunia yang dilakukan oleh Bernie Madoff menjerat ramai pelabur yang terkenal ke dalam skim tersebut.

Baca: Bernie Madoff, Raja Skim Ponzi Terbesar Dalam Sejarah Dunia Pelaburan Wall Street

Ketika krisis ekonomi dunia disebabkan oleh pandemik Covid-19 pula, kita lihat bagaimana syarikat start-up Luckin Coffee dari China pula yang menipu pelabur dari Amerika Syarikat.

Baca: Luckin Coffee, Skandal Penipuan Terbaru Dalam Dunia Pelaburan Saham

Dan kini, sebuah syarikat gergasi internet dari Jerman turut melakukan perkara yang sama dengan menipu para pelabur mereka melalui akaun yang dicipta berkenaan keuntungan syarikat tersebut.

Kisah Wirecard

Syarikat yang berasal dari Jerman ini merupakan sebuah syarikat yang diasaskan ketika krisis dot-com bubble yang menyediakan perkhidmatan pembayaran di dalam talian sama seperti PayPal.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 1999 dan hampir muflis pada tahun 2002 kesan daripada dot-com bubble. Markus Braun merupakan usahawan yang telah menyuntik dana bagi menyelamatkan syarikat tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau telah dilantik sebagai CEO syarikat tersebut. Ketika permulaan Wirecard ini, mereka lebih fokus kepada pembayaran untuk penggunaaan laman web pornografi dan juga perjudian. Kemudian mereka mula mengembangkan portfolio syarikat terhadap pelbagai pelaburan termasuklah risk management.

Dengan perkembangan teknologi smartphone yang berlaku sepanjang dekad yang lepas, Wirecard turut berkembang dengan pesat disebabkan semakin ramai pengguna yang mula mengamalkan pembayaran secara cashless di dalam kehidupan setiap hari. Ianya merupakan suatu perkembangan yang positif kepada syarikat.

Dengan penggunaan teknologi yang semakin meluas di dalam pembelian di atas talian, syarikat ini mula bergerak selari dengan perkembangan teknologi tersebut dan mula bekerjasama dengan beberapa syarikat besar dunia seperti Alibaba, Apple Pay, Google Pay, Rakuten, Visa dan Mastercard.

Kemuncak kejayaan syarikat ini adalah pada tahun 2018 apabila tersenarai dalam Dax Performance-Index, iaitu senarai 30 syarikat terbesar di Jerman.

Krisis dalaman syarikat ini bermula pada tahun lepas apabila Wirecard mula menangguh untuk mengeluarkan financial statement di atas alasan tidak cukup masa untuk berbuat demikian. Ini telah memaksa auditor luar untuk mengaudit syarikat tersebut dan mereka mendapati sebanyak $2 bilion keuntungan telah hilang.

Sumber: Trading View

Ramai yang percaya bahawa keuntungan itu sebenarnya tidak hilang tetapi mereka telah menipu rekod financial statement yang telah menyebabkan para pelabur hilang kepercayaan. Akibat jualan besar-besaran, harga saham syarikat tersebut jatuh hampir 100% pada bulan Jun lalu.

Markus Braun telah meletak jawatan sebagai CEO dan beliau mengaku tidak bersalah di atas segala pertuduhan pecah amanah. Beliau diikat jamin sebanyak €5 juta dan kes ini masih lagi dalam siasatan.

Wirecard kini diketuai oleh CEO baru yang bernama James Freis.

Sumber Rujukan:



Source link