Uncategorized

X70 penyumbang utama jualan tertinggi Proton

X70 penyumbang utama jualan tertinggi Proton 1



X70 penyumbang utama jualan tertinggi Proton 2

PROTON berjaya mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan pada bulan Mei 2019 dengan sebanyak 10,611 unit kenderaan terjual.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 51.3 peratus berbanding bulan April sekali gus mendorong pertumbuhan jualan keseluruhan bagi lima bulan pertama tahun ini kepada lebih 70 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Manakala peratusan pegangan pasaran untuk bulan itu pula dianggarkan pada 17.2 peratus. Prestasi itu menandakan satu lagi catatan cemerlang Proton sejak Januari 2016.

Penyumbang utama kepada pertumbuhan kukuh itu ialah model X70 yang berjaya dijual sebanyak 2,439 unit dijual pada bulan Mei.

Secara keseluruhan, sebanyak 13,572 unit telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Persona dan Iriz 2019 berjaya mencatat angka jualan sebanyak 940 unit (yang tertinggi setakat ini selama tempoh lebih dua tahun).

Dengan hampir 4,000 unit yang dijual, angka jualan untuk kedua-dua model baharu itu telah mencapai sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan jualan Proton.

Model Saga juga mencatatkan kenaikan semula jualan dan telah melepasi 3,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut. Pada bulan Mei, Saga terjual sebanyak 3,610 unit (Mei), meningkat sebanyak 41 peratus secara keseluruhan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Saga bakal menerima penambahbaikan ketara dan dijangka diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini.





Source link

Related Posts