Artikel Terkini

Yayasan Jack Ma dan Alibaba umum sumbangan kepada empat negara Asia Tenggara



HANGZHOU: Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba hari ini mengumumkan sumbangan berupa bekalan perubatan kepada empat buah negara Asia Tenggara.

Kedua-dua yayasan itu telah berhubungan dengan kerajaan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dan mencadangkan sumbangan bekalan perubatan.

Matlamat yayasan-yayasan itu adalah untuk membantu dalam memerangi virus COVID-19 di negara-negara terbabit, dengan lebih banyak sokongan bakal disusuli untuk negara-negara jiran yang lain. 

“Kami berganding tangan dengan jiran-jiran kami di Asia untuk melawan COVID-19,” menurut kenyataan Yayasan Jack Ma ketika mengumumkan sumbangan itu kepada empat buah negara berkenaan.

“Kami dan Yayasan Alibaba akan menghantar 2 juta topeng muka, 150,000 alat uji, 20,000 baju perlindungan dan 20,000 pelindung muka ke Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Lebih banyak bantuan kepada negara-negara Asia yang lain sedang dihantar! Hidup Asia!”

Sumbangan yayasan itu disalurkan berikutan pengeluaran buku panduan digital pada Rabu yang disokong oleh mereka.

Ia antara lain berkongsi pelajaran dan pengalaman penting dari doktor-doktor dan pentadbir dan kakitangan perubatan yang lain di sebuah hospital China di barisan hadapan bagi rawatan COVID-19 dan penting untuk memperlahankan penyebarannya.





Source link

Related Posts