Uncategorized

YB Syed Saddiq, Menteri Belia & Sukan Menyeru dalam Pemilikan Hartanah #HiHOME #HiHOME2019

YB Syed Saddiq, Menteri Belia & Sukan Menyeru dalam Pemilikan Hartanah #HiHOME #HiHOME2019 1


KUALA LUMPUR: “Apakah itu rumah?” merupakan persoalan yang diberikan oleh YB Syed Saddiq, Menteri Belia & Sukan di acara ekspo Hi HOME Property Conference 2019. “Rumah dan kediaman bukan sahaja tempat untuk berteduh, malah merupakan tempat yang kita rasa selamat bersama mereka yang disayangi” diseru beliau.

YB terangkan pengalaman kedua ibubapanya untuk menyampaikan bahawa ternyata kesusahan dalam hidup mesti ada dan bukanlah sekadar di Malaysia sahaja.

“Semua rakyat di seluruh dunia juga mengalami masalah yang sama. Pelbagai cara untuk membantu sebahagian belia seperti bekas banduan belia adalah contoh utama dari kumpulan yang terlibat.”

Lebih dari 50% orang yang menghabiskan masa di penjara lebih kecenderungan untuk terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan keganasan.

Oleh itu, YB Syed Saddiq memuji Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dalam memberikan pekerjaan kepada beberapa ratus bekas banduan belia.

“Ini adalah industri multibillion yang mungkin dapat menggambarkan impian rakyat Malaysia. Ia bermula dengan portal seperti Hartabumi yang membolehkan orang ramai dipadankan.

“Selain itu, kami ingin mewujudkan polisi yang membantu golongan muda. Di dalam setiap inisiatif perlu sentiasa ada peruntukan untuk membantu golongan muda” hujah YB Syed Saddiq.

Menteri muda tersebut memberi kesimpulan dengan menyatakan bahawa jikalau kita mendalami kesedaran moral golongan muda kita, dunia di mana semuanya bukan sekadar impian, malah satu kenyataan untuk semua rakyat Malaysia.

Mencari rumah idaman anda? Layari www.hihome.my untuk melihat pelbagai kediaman bernilai lebih RM1Bilion.





Source link