Artikel Terkini

Zozibini Tunzi wanita kulit hitam ke-6 dimahkotakan Miss Universe



KUALA LUMPUR: Keputusan di luar jangkaan!

Di saat peminat ratu cantik seluruh dunia meletakkan beberapa nama sebagai pemenang Miss Universe 2019, ratu cantik dari Afrika Selatan ini menyangkal semua ramalan tersebut.

Zozibini merupakan pemenang ketiga dari negaranya selepas Margaret Gardner (1978) dan Demi Leigh Nel-Peters (2017), berjaya mengetepikan saingan hebat dari Mexico dan Puerto Rico dalam pusingan terakhir acara itu.

Kemenangan tersebut sekali gus mengimbas kembali beberapa wajah kulit hitam yang bukan mega favorite namun berjaya mengetepikan saingan lain.

Antaranya Janelle Commisiong (Trinidad&Tobago), Chelsi Smith (Amerika Syarikat), Wendy Fitzwilliam (Trinidad&Tobago), Mpule Kwelagobe (Botswana) dan Leila Lopes (Angola).

Penguasaan hebat wanita berusia 26 tahun dari Tsolo turut membuktikan negaranya kini antara negara yang berpengaruh di pentas Miss Universe abad ini selepas berjaya merangkul kejuaraan pada 2017 dan naib juara pada tahun lalu menerusi Dr Tamaryn Green.

Miss Universe 2019 menyaksikan penglibatan 90 peserta dan Malaysia diwakili Shweta Sekhon yang turut berjaya merangkul kejuaraan menerusi slot National Costumes.

Acara yang berlangsung di Tyler Perry Studios di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat ini turut menjadi taruhan pertama Bangladesh dan Equatotial Guinea.





Source link