UBAHSUAI RUMAH

Salah satu perkhidmatan yang pihak kami berikan kepada bakal pelanggan IBS Focus Construction adalah perkhidmatan pengubahsuaian rumah di sekitar Selangor. Perkhidmatan pengubahsuaian yang dilakukan termasuk menambah bangunan, meroboh dan bina semula ataupun ubahsuai ruang sedia ada.

Pengubahsuaian yang dijalankan adalah mengikut rekabentuk dikehendaki pelanggan. Pihak kami akan menasihati spesifikasi sumber yang sesuai digunakan dalam sesuatu projek ubahsuai agar mengikut standard semasa demi jaminan keselesaan dan keselamatan. Pihak kami akan menguruskan juga segala urusan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa tempatan bagi sesuatu projek ubahsuai demi memastikan projek dijalankan mematuhi undang-undang.