Artikel Terkini

10 Keluarga Terkaya Dunia Bagi Tahun 2020


Mewarisi perniagaan ahli keluarga merupakan perkara yang normal di dalam dunia perniagaan. Ada yang mengapungkan saham perniagaan mereka ke pasaran dan ada juga kekayaan yang hanya dikongsi di kalangan keluarga mereka sahaja melalui kaedah syarikat persendirian (private company).

Akibat pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak sektor perniagaan yang terjejas teruk tetapi ia tidak menjejaskan kekayaan keluarga yang terkaya di dunia ini.

Jom kita lihat senarai keluarga terkaya di dunia untuk tahun 2020 ini.

1. Walton

Syarikat: Walmart
Sektor: Peruncitan
Negara: Amerika Syarikat
Jumlah kekayaan: $215 bilion

Syarikat terbesar di Amerika Syarikat daripada segi bilangan pekerja dan juga revenue. Syarikat ini muerupakan syarikat yang menguasai sektor peruncitan di Amerika Syarikat sejak 4 dekad yang lalu.

Syarikat ini diasaskan oleh Sam Walton dan kemudian dikembangkan oleh ahli keluarganya sehingga menjadi gergasi peruncitan di Amerika Syarikat.

Klik di sini untuk kisah lanjut mengenai Sam Walton.

2. Mars

Syarikat: Mars
Sektor: Makanan
Negara: Amerika Syarikat
Jumlah kekayaan: $120 bilion

Syarikat yang asalnya memfokuskan di dalam penjualan coklat dan kemudian megembangkan perniagaan mereka ke dalam makanan binatang peliharaan. Di antara coklat yang popular yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah M&M.

Penjualan makanan bintang peliharaan kini merupakan separuh daripada revenue syarikat buat masa sekarang.

3. Koch

Syarikat: Koch Industries
Sektor: Industri Kimia
Negara: Amerika Syarikat
Jumlah kekayaan: $109.7 bilion

Syarikat yang bermula sebagai syarikat oil and gas pada era 1940-an, kini merupakan syarikat kedua terbesar di Amerika Syarikat daripada segi private company.

Charles dan David merupakan insan yang bertanggungjawab membangunkan syarikat ini selepas kematian ayahnya sehingga menjadi syarikat gergasi di Amerika Syarikat di dalam industri kimia.

4. Al Saud

Syarikat: –
Sektor: –
Negara: Arab Saudi
Jumlah kekayaan: $95 bilion

Pemerintah keluarga di Raja Arab Saudi. Kekayaan keluarga diraja ini berasal daripada sumber minyak mentah yang terdapat di dalam negara tersebut dan juga sektor pelaburan yang diketuai oleh Putera Mohammed Bin Salman.

5. Ambani

Syarikat: Reliance Industries
Sektor: Konglomerat
Negara:India
Jumlah kekayaan: $81.3 bilion

Syarikat konglomerat yang terbesar di India. Keluarga Ambani merupakan keluarga yang terkaya di India dan selepas kematian bapanya, syarikat ini berpecah kepada dua entiti pemilikan yang dibahagikan kepada Mukesh dan Anil.

Mukesh yang berjaya mengembangkan perniagaan bapanya manakala Anil kini merupakan seorang yang hilang hampir kesemua perniagaannya akibat kekurangan strategi perniagaan yang dijalankan.

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Keluarga Ambani.

6. Hermès

Syarikat: Hermès
Sektor:Barangan Mewah
Negara: Perancis
Jumlah kekayaan: $63.9 bilion

Syarikat yang menjadi pesaing utama kepada gergasi pengeluaran barangan mewah utama dunia iaitu Louis Vuitton. Hermès mengeluarkan beg tangan yang terkenal di dunia dengan harga pasaran yang tinggi di kalangan beg mewah.

Klik di sini untuk kisah pelaburan beg tangan mewah.

7. Wertheimer

Syarikat: Chanel
Sektor: Barangan Mewah
Negara: Perancis
Jumlah kekayaan:$54.4

Kekayaan yang diwarisi oleh keluarga ini adalah daripada syarikat Chanel yang merupakan salah sebuah syarikat barangan mewah yang terbesar di Perancis. Syarikat ini yang diasakan oleh Coco Chanel yang merupakan seorang penyanyi kelab yang meminati bidang fesyen.

Syarikat ini popular dengan beg tangan mewah dan juga minyak wangi.

8. Johnson

Syarikat: Fidelity Investments
Sektor: Kewangan
Negara: Amerika Syarikat
Jumlah kekayaan: $46.3 bilion

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan di antara yang terbesar didunia. Syarikat ini telah diasaskan oleh Edward C. Johnson II yang merupakan seorang peguam.

Syarikat ini menguruskan dana kewangan sebanyak $2.46 trilion dan menyediakan perkhidmatan mutual fund yang terawal di Amerika Syarikat. Keluarga Johnson memilki sebanyak 25% pegangan saham di dalam syarikat ini.

9. Boehringer, Von Baumbach

Syarikat: Boehringer Ingelheim
Sektor: Farmaseutikal
Negara: Jerman
Jumlah kekayaan: $45.7 bilion

Sebuah syarikat farmaseutikal yang terbesar di dunia daripada segi private company. Syarikat ini fokus kepada bidang imunologi dan ocupology.

Kini syarikat ini sedang merubah hala tuju kepada bidang teknologi pemakanan untuk haiwan.

10. Albrecht

Syarikat: Aldi
Sektor: Peruncitan
Negara: Jerman
Jumlah kekayaan: $41 bilion

Syarikat peruncitan terbesar di Jerman yang diasaskan oleh dua orang adik-beradik Karl Albrecht dan Theo Albrecht. Syarikat ini berpecah kepada dua pengurusan pada dekad 1960-an tetapi masih lagi mengekalkan teras perniagaan mereka.

Mereka berpecah kerana salah seorang daripada mereka tidak bersetuju untuk menjual rokok di dalam pasaraya mereka. Kini pasaraya Aldi adalah pasaraya terbesar di Jerman dan di antara yang terbesar di benua Eropah.

Sumber Rujukan: https://www.visualcapitalist.com/the-worlds-richest-families-2020/

Iklan


Iklan



Source link