Uncategorized

7 Cara Mudah Nak Dapatkan Penyewa

7 Cara Mudah Nak Dapatkan Penyewa 1


Dalam pelaburan hartanah, di antara perkara yang paling ditakuti oleh pemilik hartanah adalah kesukaran mendapatkan penyewa. Maklumlah, kalau rumah yang dimiliki itu tidak berpenghuni selama berbulan-bulan, boleh berpeluh dahi juga dibuatnya.

Duit dah banyak habis, instalment bulan-bulan tetap jalan. Jadi, untuk mengelakkan rumah tersebut kosong untuk satu jangka masa yang lama, boleh gunakan tips-tips berikut:

1. Harga Mampu Milik

Walaupun unit yang kita miliki itu terletak di kawasan yang strategik, tetapi kalau harga sewanya terlalu mahal, pasti ramai juga yang tak mampu untuk menyewa unit tersebut. Tambah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Kalau dapat keuntungan sedikit tu pun dah dikira okey, daripada tak ada langsung duit yang masuk kan? Sakit juga kalau kita berdepan negative cashflow yang besar dan berpanjangan.

2. Diskaun Jika Bayar Awal

Mungkin boleh cuba untuk tawarkan diskaun kepada penyewa sekiranya mereka bayar awal. Walaupun potongan yang diberikan hanyalah RM20, tetapi para penyewa pasti akan menghargai niat baik kita. Ini juga dapat mengelakkan masalah penyewa liat nak bayar sewa rumah.

3. Warna Cat Yang Menarik

Walaupun sekadar rumah sewa, kondisi rumah tersebut tetap akan diberi perhatian oleh bakal penyewa. Tak kisahlah jika tawaran sewaan unit tersebut murah, tetapi jika kondisi rumah tidak menarik; kita mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan penyewa. Di antara perkara yang boleh kita lakukan adalah dengan mengecat unit tersebut dengan cat yang terang dan menarik.

Sudah menjadi naluri manusia untuk sukakan sesuatu yang cantik. Jadi jangan kedekut untuk keluarkan sedikit modal agar rumah tersebut kelihat cantik, tertarik dan menarik.

4. Kelengkapan Asas

Rumah sewa yang lengkap dengan barangan asas seperti perabot dan peralatan elektrik lebih digemari oleh golongan bujang dan juga pasangan yang baru berkahwin. Bila dah sediakan benda-benda tersebut, kadar sewa boleh dinaikkan sedikit, berbanding kadar purata bagi unit yang sama.

Nampak seperti kadar sewa yang ditawarkan sedikit tinggi, tetapi ramai juga yang mencari rumah semi-furnished atau fully furnished.

5. Deposit Rendah

Rata-rata penyewa mempunyai bajet yang ciput sahaja. Jadi, tidak perlulah mengenakan deposit yang tinggi.

Contohnya jika sewa bulanan ialah RM700, maka:

➡ 1+1 : 700 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 1,400
➡ 2+1 : 1400 (cagaran) + 700 (sewa bulan pertama) = 2,100
➡ 2+1+1 : 1400 (cagaran sewa) + 700 (cagaran utiliti) + 700 (sewa bulan pertama) = 2,800

Boleh tawarkan deposit 1+1, pasti ramai yang tertarik untuk menyewa.

Nak tahu lanjut mengenai deposit ni, jemput baca Penerangan Deposit Sewa Rumah.

6. Upah Ejen

Seeloknya, sebulan awal sebelum kita terima kunci rumah atau penyewa sedia ada nak keluar, kita sudah boleh mengupah ejen untuk tolong carikan penyewa. Ini kerana mereka sudah mempunyai pengkalan data untuk individu yang sedang mencari rumah.

Selain daripada itu juga, kita tidak perlu bersusah-payah untuk berurusan dengan calon-calon penyewa yang berbagai ragam.

7. Referral Program

Jika kontrak dengan penyewa hampir tamat atau penyewa ingin keluar daripada unit yang kita sedang sewakan, mesti kita pening kepala memikirkan cara mendapatkan penyewa baru bukan? Memanglah boleh iklankan sahaja di internet melalui pelbagai medium yang ada, tetapi mungkin agak leceh dalam mencari penyewa yang sesuai.

Apa kata jika kita tawarkan sedikit komisen kepada penyewa lama dengan mencadangkan kenalan atau rakan mereka untuk menyewa? Sekurang-kurangnya anda tak payah pening-pening kepala lagi.

Sumber Rujukan:

Permudahkan Urusan Orang Lain, InsyaAllah Urusan Kita Akan Dipermudahkan

Semoga dengan niat kita nak bantu orang lain untuk menjalani kehidupan mereka dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, semoga urusan kita pula yang akan dipermudahkan nanti.

Tapi Apa Kita Boleh Buat Jika Penyewa Tak Bayar Sewa? Ketahui 1 teknik ‘rahsia’ tanpa melibatkan peguam untuk membuat penyewa keluar.

7 Cara Mudah Nak Dapatkan Penyewa 2

Komen

komen





Source link