Artikel Terkini

90% Pembiayaan Untuk Rumah Kedua Dan Seterusnya Sampai Kedua Puluh? Ini Rahsianya


Sekiranya kita seorang pelabur hartanah, sudah pasti kita mengalami kesukaran untuk mendapatkan 90% pembiayaan untuk rumah kedua, ketiga dan seterusnya.

Sungguhpun akses pembiayaan hartanah hari ini semakin mudah diperoleh, margin pembiayaan hartanah untuk rumah kedua tidak membolehkan kita mendapat akses 90% seperti rumah pertama.

Kesannya, kita terpaksa mengeluarkan modal untuk pelaburan hartanah bagi rumah kedua dan seterusnya.

Baca : Ini Teknik Paling Cepat Kaya Dengan Hartanah

Pernahkah kita terfikir, bagaimana ramai pelabur hartanah boleh mendapatkan margin pembiayaan pinjaman hartanah 90% untuk rumah kedua dan seterusnya?

Adakah kerana rekod
kewangan atau faktor pilihan bank yang tepat?

Sekiranya ya,
artikel ini akan bongkarkan rahsia bagaimana untuk mendapatkan 90% pinjaman
untuk rumah kedua dan seterusnya!

Teknik ini dikongsikan oleh pakar hartanah yang telah berjaya mendapatkan margin 90% pembiayaan pinjaman hartanah untuk 20 buah hartanah!

1. Tubuh Syarikat

Perkara pertama yang kita perlu buat adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat Investment Holding Company (IHC) Sendirian Berhad dan bukan Milikan Tunggal.

Ciri-ciri syarikat Investment Holding adalah aktiviti utama bagi syarikat ini adalah pelaburan dan 80% daripada pendapatan yang diterima adalah pelaburan semata-mata.

Kita juga perlu mempunyai Setiausaha Syarikat dalam penubuhan syarikat yang berperanan di dalam memberi khidmat nasihat.

Kos untuk perkhidmatan Setiausaha Syarikat biasanya adalah di antara RM70-RM100 sebulan.

2. Penama

Sungguhpun syarikat
yang baru ditubuhkan tersebut tidak mempunyai sebarang urus niaga, pihak bank
akan menggunakan profil pengarah syarikat sebagai sokongan pendapatan.

Sekiranya kita telah pun memiliki 2 hartanah di atas nama individu, kita boleh memohon untuk refinance kedua-dua rumah tersebut daripada pihak bank.

Bank :  5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Hal ini kerana, nama kita di dalam CCRIS telah diisytiharkan tiada hutang dan kita layak mendapat margin pembiayaan pinjaman hartanah 90% seperti rumah pertama.

Sebagai langkah persediaan, sila pastikan rekod kewangan kita untuk tempoh tiga tahun adalah cantik kerana bank akan nilai pendapatan kita.

Tiada bank yang mahu berikan pinjaman terhadap syarikat yang tidak mempunyai sebarang urus niaga. Oleh yang demikian, kita sebagai pengarah akan menjadi penjamin bagi pinjaman tersebut.

3. Syarat

Di antara syarat yang ditetapkan adalah pendapatan yang diterima datangnya daripada faedah, sewa dan dividen berdasarkan Seksyen 4(c) dan 4(d) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Andai kata wujud 3
pelaburan yang berbeza, perbelanjaan akan diasingkan berdasarkan pelaburan
tersebut.

Baca : Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah

Pendapatan bersih bagi setiap pelaburan akan ditambah dan dalam menentukan jumlah akhir cukai yang perlu dibayar oleh Pengarah.

4. Kelebihan

Kelebihan membeli hartanah dengan IHC adalah kita mampu menuntut perbelanjaan berkaitan pengurusan hartanah lebih banyak berbanding kelayakan individu.

Kos untuk pemindahan pemegang saham dari segi duti setem adalah lebih rendah iaitu sebanyak 0.3% sahaja.

Baca : Bank Mana Paling Bagus Untuk Mohon Loan Perumahan? Staff Bank Ini Kata Ada 10 Faktor

Proses penstrukturan saham dan pemegang saham adalah lebih mudah kerana kita hanya perlu menjual saham dan tidak perlu memindahkan hak pemilikan hartanah.

Sesuai untuk kita yang berhasrat membeli pelbagai jenis hartanah komersial dan tidak terbatas kepada kediaman sebagai portfolio hartanah. 

5. Kekurangan

Kita tidak menggunakan Investment Company Holding untuk membeli hartanah kos rendah dan pendaftaran IHC untuk pelaburan hartanah kos rendah adalah tidak dibenarkan.

Sekiranya kita merancang untuk membeli satu atau dua buah hartanah sahaja, menubuhkan IHC adalah tidak sesuai.

Baca : 10 Sebab Kenapa Loan Rumah Anda Tak Lepas

Sekiranya Pengarah
mempunyai komitmen yang terlalu tinggi dan penubuhan IHC adalah di bawah 2
tahun, risiko pinjaman untuk tidak lulus adalah tinggi.

Margin pembiayaan
pinjaman mengikut bank adalah berbeza untuk IHC.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Bukan Untuk Semua Orang

Investment Holding Company sebenarnya sesuai untuk kita yang merancang untuk mempunyai banyak portfolio hartanah untuk tujuan pelaburan.

Sekiranya kita hanya merancang untuk membeli satu atau dua hartanah sahaja, sila gunakan kuota individu kerana kos tahunan IHC adalah tinggi.



Source link