Uncategorized

Baiki kewangan sendiri dalam tempoh 12 bulan guna cara ini

Baiki kewangan sendiri dalam tempoh 12 bulan guna cara ini 1


Kalau kewangan kita kacau, hati boleh jadi risau.

Hidup ni tak semuanya indah belaka. Masalah kewangan adalah satu isu yang wajib kita tangani secepat mungkin sebelum ia melarat.

GH Masterclass

Tengah berusaha nak betulkan balik kewangan korang? Tok syorkan korang baca perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir ni. In Shaa Allah, masalah boleh selesai dalam masa 12 bulan.

Ruang yang terbesar ialah ruang untuk membaiki diri sendiri. Dan susah nak baiki diri sendiri kalau tabiat buruk dah sebati dalam diri. Misalnya, tabiat berbelanja secara boros.

Apa gunanya bekerja 9 jam sehari. Bila dapat gaji, setiap minggu pergi jalan-jalan dan berbelanja sakan. Tak sempat gaji bulan berikutnya, dah terpaksa berhutang dengan kawan-kawan.

Jadi, imej kau sebenarnya tercalar sedikit sebanyak. Tak gunalah kau berpangkat besar atau bergaji besar.

Jadi, apa yang korang perlu buat untuk ubah kehidupan menjadi lebih baik? Langkah yang pertama mestilah membuat perancangan kan. Tapi, korang mesti ada azam dan keinginan untuk berubah.

Perubahan tak semestinya perlu berlaku serentak. Tak seharusnya perlu drastik. Mulakan secara perlahan-lahan. Dan kita perlu istiqamah iaitu usaha yang berterusan. Setiap bulan tanamkan azam untuk berubah.

Aku ada idea apa yang korang boleh buat dan rancang dalam tempoh satu tahun. Sekadar perancangan. Kalau kau orang nak ikut, silakan. Kalau rasa tak sesuai, abaikan.

Bermula bulan Januari, korang boleh mula membuat bajet untuk setiap bulan.

Sekurang-kurangnya korang tahu aliran duit keluar masuk. Senaraikan aset dan liabiliti, serta semua hutang yang ada. Jadi, dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada bulan berikutnya.

Bila masuk bulan Febuari pula, mula belajar untuk bandingkan harga. Sentiasa bandingkan harga sebelum bertindak membeli sesuatu barang.

Teliti dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Barang harga murah tak semestinya tak ada kualiti. Semuanya terpulang kat kita. Jadilah pengguna yang bijak.

Korang boleh buat benda ni bila tiba bulan Mac.

Sebelum pergi ke pasaraya, catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli itu sikit. Gunakan bakul sahaja.

Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang kat dalam bakul. Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa berhutang, fikir 30 hari sebelum buat keputusan muktamad.

Bulan April pula, boleh mula catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen.

Kalau setiap kali berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan. Kalau 10 sen tu bocor, 10 kali dah RM1. Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan aplikasi Money Manager Oik Oik.

Pada bulan Mei, mula kikis tabiat makan kat restoran fast food atau kedai hipster.

Kalau nak makan fast food ataupun tempat hipster cukup sebulan sekali sahaja. Lagipun tak bagus untuk kesihatan kalau selalu makan fast food.

Tiba bulan Jun, korang boleh slow-slow belajar memasak dan kurangkan makan kat luar.

Ala, tak berdosa pun memasak dan makan makanan yang simple saja. Cukup sedap lidah sendiri merasa. Dan kalau ada masa, boleh belajar memasak makanan yang lebih fancy pada masa akan datang.

Dah masuk bulan Julai?

Buat tabung RM20 (Si Oren) dan RM5 (Si Hijau). Seronok menyimpan dengan cara ini. Rasa excited bila tengok tabung sudah mula penuh dengan duit berwarna. Sila cuba kalau korang tak percaya.

Bawa bekal ke tempat kerja. Jadi, kita dapat berjimat untuk sarapan pagi.

Jangan tinggal sarapan. Ia penting untuk membekalkan kita tenaga untuk bekerja. Ini tak, sarapan kat luar, makan tengah hari pun kat luar. Macam mana nak berjimat?

Oh ya, boleh mula buat ini bila masuk bulan Ogos ya.

Kurangkan aktiviti atau hobi yang menggunakan duit.

Kalau rasa stress, pergi berjoging kat taman, ambil angin tepi pantai. Duit dapat jimat, badan pun sihat.

Bersatu dengan alam. Masuk hutan. Pergi jungle trekking, dengar bunyi keindahan ketenangan air terjun. Pergi dengar bunyi burung berkicauan riang.

Kita dah boleh mula belajar untuk kurangkan kehendak.

Tangguhkan kehendak dan elakkan berhutang demi kehendak. Mungkin sebelum-sebelum ni, anda tak dapat kawal diri nak beli itu ini. Bila dah masuk bulan Oktober, cubalah tanamkan azam dalam diri untuk berubah.

Bila dah penat lelah bekerja hampir setahun, nak juga pergi bercuti.

Rancang percutian sebaiknya. Sediakan bajet. Pilih tempat percutian yang sesuai dengan kemampuan. Nak jimat, ambil cuti seminggu, balik rehat dekat kampung.

Semak balik segala perbelanjaan selama 11 bulan yang lalu. Baiki mana yang kurang untuk persediaan menghadapi tahun baharu yang lebih mencabar.

Kira kos diluar jangka. Muhasabahlah diri sendiri. Lihat kewangan kita. Janganlah bersedih orang lain dah kaya, hidup senang.

Yakinlah kita berusaha mesti akan dapat capai kesenangan juga satu hari nanti. Yang penting adalah perubahan.

Beribu-ribu langkah bermula dengan langkah yang pertama. Jadi langkah pertama korang kena bijak dan kemas.

Tak guna jika gaji banyak masuk tapi tak reti kawal dengan kebocoran wang korang. Akhirnya 5-9 tahun nanti kau sendiri yang kerugian.

Mungkin Tuhan tak bagi kau terus kaya sebab nak kau hargai nilai wang.

Hargai cara nak kawal kewangan korang. Kalau daripada kecil tak pernah hidup susah memang korang tak rasa manisnya berusaha untuk dapatkan sesuatu, ataupun berusaha untuk baiki diri sendiri.

Jadilah orang yang bijak merancang kehidupan. Jika kau orang gagal untuk merancang, kau orang merancang untuk gagal sebenarnya. Ayuh, sama-sama kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Nota: Boleh SHARE dan panjangkan manfaat artikel ni kat orang lain.



Source link