Uncategorized

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 1


Bilangan bilionaire semakin bertambah sejajar dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi dunia. Billionaire yang mendominasi kekayaan dunia kebanyakannya berasal dari Amerika Syarkat dan dikuti oleh China, ekoran perkembangan pesat yang berlaku di kedua-dua negara ini.

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 2
Statistik menunjukkan self-made bilionaire mendominasi bilangan bilionaire yang ada

Ini terbukti dengan kajian yang telah dijalankan oleh Institusi Wealth-X. Dalam kajian tersebut, daripada 2,604 bilionaire yang ada di dunia, seramai 55.8% bilionaire dunia adalah bilionaire yang self-made. Nilai kekayaan yang terkumpul oleh bilionaire self-made ini berjumlah $5 trilion.

Sebanyak 31% jumlah bilionaire yang mewarisi kekayaan tetapi mengembangkan lagi perniagaan mereka sehinggga menjadi empayar yang besar. Baki sebanyak 13.3% adalah mereka yang mewarisi kekayaan daripada keluarga yang dah sememangnya kaya-raya.

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 3
Jeff Bezos yang membina empayar perniagaan melalui syarikat Amazon kini menjadi lelaki terkaya dunia

Buat masa sekarang, kita boleh melihat sendiri 10 bilionaire terkaya dunia, kesemua sepuluh bilionaire tersebut adalah self-made. Lelaki terkaya dunia sekarang ini adalah Jeff Bezos, hasil usaha yang dilakukanya sendiri dengan menubuhkan syarikat e-commerce terbesar dunia iaitu Amazon.

Beliau yang bermula secara kecil-kecilan di garaj rumahnya selepas berhenti menjadi penganalisis untuk pasaran saham di Wall Street, pada asalnya membangunkan laman web online untuk menjual buku.

Dia yang menceritakan pengalaman pertamanya yang menghantar barangan pelanggan mereka dengan memandu sendiri kereta ke pejabat pos. Itu adalah pengalaman yang paling berharga yang diperolehi oleh Jeff Bezos ketika memulakan perniagaan Internet pada pertengahan tahun 1990-an.

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 4
Selain itu juga, Bill Gates dan Warren Buffett merupakan billionaire self-made

Bill Gates merupakan pengasas bersama syarikat Microsoft dengan Paul Allen. Beliau menjadi seorang bilionaire pada usia 31 tahun setelah saham syarikat Microsoft telah diapungkanya pada tahun 1985.

Warren Buffett pula merupakan seorang pelabur yang paling berjaya di era moden. Beliau membina kekayaan melalui syarikat gergasi konglomerat iaitu Berkshire Hathaway.

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 5
Perkenalan di universiti telah mencetuskan kerjasama di antara mereka dalam menubuhkan syarikat carian Internet terbesar dunia

Pengasas syarikat Google yang kini dikenali sebagai Alphabet, iaitu Larry Page dan Sergey Brin juga merupakan bilionaire yang self-made. Merekamerupakan sahabat baik ketika belajar di Universiti Stanford dan telah bersama-sama menjadikan Google sebuah syarikat gergasi dunia.

Mereka bijak mengambil peluang yang sedia ada dengan merubah model perniagaan mereka selari dengan perkembangan teknologi terkini. Bukan itu sahaja, kini mereka juga telah menguasai perisian telefon pintar dunia sebanyak 76% dengan Android.

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 6
Mark Zuckerberg menyatakan sokongan keluarga beliau terhadap minatnya membantu menjadikanya seorang bilionaire selain daripada kemakmuran yang dikecapi negara Amerika Syarikat

Begitu juga dengan Mark Zuckerberg, seorang bilionaire yang berasal daripada golongan pertengahan. Beliau merupakan pelajar yang tidak sempat menghabiskan pengajian di Universiti Harvard, telah menjadi bilionaire dengan menubuhkan Facebook.

Beliau beranggapan untuk menjadi seorang bilionaire bukan hanya teretak pada usaha yang keras dan rajin, tetapi memerlukan juga nasib yang baik. Dan beliau bernasib baik kerana dilahirkan di Amerika Syarikat dan mempunyai peluang yang terbentang luas untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada.

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 7
Tiga bilionaire yang bukan berasal dari Amerika Syarikat yang membina empayar perniagaan melalui hasil usaha mereka sendiri

Bagi bilionaire yang mendominasi 10 bilionaire terkaya dunia, tiga daripada mereka bukan berasal dari Amerika Syarikat. Mereka adalah Carlos Slim Helu, Bernard Arnault dan Amancio Ortega. Ketiga-tiga billionaire ini merupakan billionaire yang berjaya hasil dari usaha mereka sendiri.

Carlos Slim Helu merupakan bilionaire yang paling berkuasa di rantau Amerika Latin dengan perniagaan syarikat telekomunikasi. Carlos juga pernah menjadi lelaki terkaya di dunia sebayak empat kali pada tahun 2010, 2011 2012 dan 2013.

Di benua Eropah pula, terdapat dua orang billionaire yang mengungguli senarai sepuluh billionaire terkaya dunia. Bernald Arnault merupakan taikun terbesar dalam perniagaan barangan mewah di bawah jenama Louis Vutton. Beliau juga pernah menjadi lelaki ketiga dalam sejarah bilionaire yang mencapai angka $100 billion.

Amancio Ortega yang merupakan bilionaire dari Sepanyol, juga merupakan bilionaire yang mempunyai empayar perniagaan fesyen. Berbeza dengan Bernard Arnault yang hanya fokus kepada golongan berada, Amancio melalui syarikatnya Zara fokus kepada pakaian yang mampu dimiliki kebanyakan orang.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2019/05/10/wealthx-billionaire-census-majority-of-worlds-billionaires-self-made.html

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 8

Bilangan Self-Made Bilionaire Mendominasi Carta Bilionaire Dunia 9

Komen

komen





Source link